Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kes komersial meningkat 247, kerugian menurun RM4.18 juta setakat April 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

Kes komersial meningkat 247, kerugian menurun RM4.18 juta setakat April 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEDIAKAN BERKHIDMAT…. ACP Azari Miskon (hadapan, tengah sekali) merakam kenangan bersama pegawai, anggota dan warga IPD Sibu pada Perhimpunan Bulanan, pagi tadi.

SIBU: Statistik kes komersial di daerah ini menunjukkan peningkatan jumlah kes pada tahun ini apabila sebanyak 247 kes direkodkan setakat April 2026 berbanding 214 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Azari Miskon berkata, walaupun jumlah kes meningkat, nilai kerugian yang dicatatkan menunjukkan penurunan.

Menurutnya, jumlah kerugian bagi kes komersial pada 2025 adalah sebanyak RM4,826,999.89 manakala bagi 2026, nilai kerugian direkodkan sebanyak RM4,179,482.66.

“Berdasarkan statistik kes jenayah indeks secara keseluruhannya pula, perbandingan menunjukkan penurunan sebanyak 30 kes atau 17.75 peratus berbanding tahun lepas.

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 April 2025, sebanyak 169 kes direkodkan dengan 111 kes berjaya diselesaikan iaitu 65.68 peratus.

“Manakala bagi tempoh sama 2026, sebanyak 139 kes direkodkan dengan 73 kes berjaya diselesaikan bersamaan 52.52 peratus,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Polis di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, pagi tadi.

Beliau berkata, statistik kemalangan jalan raya pada tahun ini turut menunjukkan penurunan sebanyak 168 kes atau 2.32 peratus.

“Selain itu, sebanyak 4,229 saman telah dikeluarkan dengan jumlah kutipan kompaun bagi April mencecah RM606,350,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, statistik tangkapan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan peningkatan ketara apabila sebanyak 610 tangkapan direkodkan setakat April 2026, meningkat 143 peratus berbanding tahun lalu.

“Nilai rampasan dadah sehingga April 2026 direkodkan sebanyak RM524,080,” ujarnya lagi.

Azari berkata, tindakan pencegahan dan penguatkuasaan perlu dipertingkatkan secara lebih proaktif dan strategik bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

“Hubungan baik antara polis dan masyarakat juga perlu terus diperkasa menerusi pendekatan kepolisan komuniti kerana kepercayaan masyarakat merupakan aset utama dalam memastikan kejayaan pasukan keselamatan,” kata beliau.

Pada majlis tersebut, Azari turut menyempurnakan penyematan pangkat kepada tujuh penerima dan menyerahkan sijil penghargaan kepada 10 penerima.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superitendan Balamurugan Govindan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas dikhuatiri hilang ketika memancing di Sungai Ridan
Next: Wanita pengsan ketika mendaki di Bukit Selabat diselamatkan bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.