Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Op Coleoptera: Ketua, ahli sindiket dadah ditahan di Miri
  • JENAYAH

Op Coleoptera: Ketua, ahli sindiket dadah ditahan di Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
SIDANG MEDIA… Hussein menunjukkan dadah yang dirampas dalam operasi khas JSJN selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, hari ini. Foto Majlis Keselamatan Negara

TAWAU: Polis menahan dua lelaki masing-masing dipercayai berperanan sebagai  ketua dan ahli sindiket dadah serta merampas wang tunai RM820,000 dalam serbuan berasingan menerusi Op Coleoptera pada Sabtu lepas, di Miri, Sarawak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata ketua sindiket dadah berkenaan iaitu lelaki berumur 34 tahun ditahan di sebuah rumah sekitar Krokop, Miri dan wang tunai berjumlah RM590,000 turut dirampas daripadanya.

“Suspek kedua iaitu lelaki tempatan berumur 50 tahun yang dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ ditahan di sebuah rumah sekitar Jalan Palmaedar, Miri dan polis turut menemukan wang tunai berjumlah RM230,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini hari ini.

Beliau berkata suspek pertama memiliki lima rekod jenayah termasuk satu kes dadah manakala suspek kedua memiliki lima rekod kes jenayah.

Kedua-duanya kini direman tujuh hari bermula 3 Mei lepas bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 Hussein berkata tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pelucuthakan Harta) 1988 dan jumlah keseluruhan sitaan berjumlah RM2.42 juta.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai mula aktif sejak Jun tahun lepas dengan modus operandi menggunakan keldai dadah, perkhidmatan kurier serta penghantaran kontena melalui laluan laut sebelum diedarkan ke pasaran Sabah, Sarawak dan antarabangsa.

Beliau berkata Op Coleoptera yang dilancarkan sejak 20 Jan lepas adalah untuk mengesan suspek utama dan ahli sindiket yang masih aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah.

Pada 13 Februari lepas, menerusi Op Coleoptera, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM174 juta dalam tujuh serbuan di Penampang, Inanam, Kota Kinabalu, Pelabuhan Teluk Sepanggar, Sabah dan Pelabuhan Klang di Selangor serta menahan lapan suspek berusia antara 23 hingga 45 tahun termasuk dua wanita.- Bernama

Continue Reading

Previous: Suspek kes curi diesel di tapak projek pembinaan ditangkap
Next: Padah jadi ‘transporter’ migran, individu ditahan bersama tiga warga asing di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.