Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suspek kes curi diesel di tapak projek pembinaan ditangkap
  • JENAYAH

Suspek kes curi diesel di tapak projek pembinaan ditangkap

Utusan Sarawak 3 hours ago
TANGKAPAN JENAYAH…Suspek kes curi dan dadah di Lawas.

LAWAS: Polis menahan tiga lelaki, termasuk seorang warga emas, bagi membantu siasatan kes cubaan mencuri di sebuah tapak projek pembinaan di Jalan Kampung Gelugus, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di tapak projek berkenaan selepas menahan seorang lelaki tidak dikenali yang berada di dalam kabin sebuah jentera berat di kawasan tersebut.

Menurutnya, suspek berusia 32 tahun kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Turut dirampas ialah sebuah motosikal yang digunakan suspek serta enam tong plastik berwarna biru.

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan dua lagi lelaki tempatan berusia 64 tahun dan 39 tahun kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

CECAIR ganja yang dirampas.

Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala seorang lagi negatif dadah.

Semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau, sementara dua lagi tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes berasingan, Liong berkata sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang bekerja sebagai buruh di hadapan sebuah kedai di bandar ini, tengah malam tadi, kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Katanya, pemeriksaan badan menemukan tiga botol plastik mengandungi cecair disyaki dadah jenis ganja, dengan setiap botol mengandungi kira-kira lima mililiter cecair.

“Jumlah keseluruhan rampasan ialah 15 mililiter cecair disyaki ganja. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ketamin,” katanya.

Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan terdahulu. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam operasi terdahulu pada Selasa lalu sekitar 2.00 petang di Jalan Trusan, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun yang tidak bekerja kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Walaupun pemeriksaan badan tidak menemukan sebarang dadah atau barang salah, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine.

Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan terdahulu. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Wanita rugi RM281,700 ditipu ‘Encik Mike’
Next: Op Coleoptera: Ketua, ahli sindiket dadah ditahan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.