Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Warganegara ada lesen memandu asing boleh tukar LMM mulai 1 Jun, tertakluk sop JPJ
  • NASIONAL

Warganegara ada lesen memandu asing boleh tukar LMM mulai 1 Jun, tertakluk sop JPJ

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA:  Warganegara Malaysia yang memiliki lesen memandu negara asing yang sah, masih berkuat kuasa dan tanpa sebarang sekatan, boleh dipertimbangkan untuk membuat pertukaran kepada lesen memandu Malaysia (LMM), kata Kementerian Pengangkutan (MOT).

MOT dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkara itu tertakluk kepada mematuhi semakan rekod dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada LMM bagi kategori warganegara Malaysia melibatkan tatacara yang telah ditambah baik boleh dilaksanakan di semua pejabat JPJ mulai 1 Jun.

“Ia seiring dengan perkembangan semasa dan bagi memastikan mobiliti rakyat Malaysia yang bekerja, menetap atau mempunyai urusan di luar negara tidak terganggu,” kata MOT.

Dasar semasa menetapkan pertukaran lesen memandu negara asing kepada LMM, hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu negara asing sebelum memegang suatu LMM, peserta program Malaysia My Second Home (MM2H) dan pemohon di bawah kategori kor diplomatik. 

Menurut kenyataan MOT itu, penambahbaikan tersebut turut bertujuan memastikan urusan pelesenan pemandu di negara ini mematuhi peraturan yang berkuat kuasa dan memastikan tahap kompetensi pemanduan pemohon.

“Ia juga bertujuan memudah cara permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada LMM, dengan mengambil kira keperluan semasa dan mobiliti rakyat Malaysia terutamanya dalam suasana ekonomi global dan domestik yang mencabar pada masa ini,” menurut kenyataan MOT.

Syarat dan tatacara permohonan boleh dirujuk melalui laman web rasmi JPJ iaitu https://www.jpj.gov.my/ mulai daripada tarikh berkenaan, termasuk kadar fi yang dikenakan bagi proses terlibat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Organisasi media perlu pelbagaikan pendapatan untuk kelangsungan
Next: MMC usaha seragamkan sistem pengurusan aduan media, perkukuh penglibatan industri 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.