Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Padini: Individu ditahan SPRM bukan warga kerja syarikat
  • NASIONAL

Padini: Individu ditahan SPRM bukan warga kerja syarikat

Utusan Sarawak 13 hours ago

KUALA LUMPUR: Padini Holdings Bhd menjelaskan bahawa tiada seorang pun daripada individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan melibatkan syarikat dan anak syarikatnya merupakan kakitangan, pegawai atau anggota pengurusan Padini.

Dalam satu kenyataan hari ini, peruncit fesyen itu merujuk kepada laporan media berhubung penahanan lapan individu bagi membantu siasatan SPRM berkaitan Padini dan anak syarikatnya.

“Padini ingin menegaskan bahawa semua individu yang ditahan bukan pekerja, pegawai atau ahli pengurusan syarikat.

“Syarikat kekal komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang tempoh siasatan yang sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan SPRM menahan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung pembekuan beberapa akaun bank yang dikenal pasti milik Padini dan anak syarikatnya.- Bernama

Continue Reading

Previous: 1MDB: Balai Seni Negara sedia terima empat karya seni
Next: Rafizi dakwa urusan pelaburan RM1.1 bilion dilakukan dengan teratur, patuhi prosedur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.