Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ops naga rekod 639 tangkapan dengan rampasan bernilai RM244 juta – APMM
  • NASIONAL

Ops naga rekod 639 tangkapan dengan rampasan bernilai RM244 juta – APMM

Utusan Sarawak 12 hours ago
APMM rekod 639 tangkapan menerusi Op Naga dengan nilai rampasan RM244 juta. Foto Facebook APMM

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merekodkan 639 kes tangkapan dengan nilai rampasan mencecah RM244 juta menerusi Operasi Naga (Ops Naga) sejak dilancarkan pada 2019 hingga 31 Mac lepas.

APMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan statistik keseluruhan Ops Naga, kes tangkapan tertinggi ialah di Barat Terengganu dengan 436 kes diikuti Timur Sarawak iaitu 128 kes dan Timur Sabah 75 kes.

“Kejayaan tangkapan dan rampasan itu membuktikan ketegasan berterusan Malaysia dalam membanteras pencerobohan asing dan aktiviti perikanan haram di perairan negara,” menurut kenyataan itu.

APMM memaklumkan Ops Naga yang dilaksanakan melalui pendekatan merentasi agensi kerajaan itu membuktikan keberkesanan sinergi 17 agensi keselamatan dan penguatkuasa dalam mempertahankan kedaulatan serta melindungi sumber ekonomi laut negara.

“Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan petugas melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan pada April 2019. Rentetan itu, pengaktifan operasi bersepadu Ops Naga bermula di Perairan Pantai Timur Semenanjung sebelum diperluas ke Perairan Sabah dan Sarawak,” menurut kenyataan itu.

OPERASI berterusan APMM membuahkan hasil menerusi Op Naga. Foto Facebook APMM

APMM dilantik sebagai agensi penyelaras operasi bersepadu ini bersama Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi awam lain.

“Kejayaan itu membuktikan keberkesanan operasi bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara dan melindungi sumber ekonomi laut yang tidak ternilai,” menurut kenyataan itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah dalam kenyataan sama berkata Ops Naga merupakan operasi bersepadu berterusan bagi menangani ancaman keselamatan maritim yang semakin kompleks, khususnya di Laut China Selatan.

Katanya, sejak dilaksanakan, Ops Naga merekodkan 180,767 pemeriksaan serta penahanan 5,139 nelayan asing dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal.

“Pencerobohan vesel (kapal) nelayan asing bukan sekadar pelanggaran undang-undang, tetapi ancaman langsung kepada kedaulatan negara, keselamatan perairan dan kelangsungan sumber ekonomi maritim,” katanya.

Beliau berkata aktiviti tersebut menyebabkan kerugian besar kepada industri perikanan tempatan dan merosakkan ekosistem marin negara yang tidak ternilai.

Sementara itu, Mohd Zawawi beliau berpuas hati dengan penganjuran Bengkel Kumpulan Kerja Komunikasi Strategik Bersepadu (CSCWG) Ops Naga 2026 yang diadakan buat julung kalinya selama dua hari mulai 4 Mei lepas.

“Bengkel CSCWG yang menghimpunkan pegawai komunikasi daripada 17 agensi keselamatan disifatkan sebagai langkah penting memperkukuh strategi komunikasi operasi.

“Gabungan kekuatan operasi dan komunikasi strategik ini dijangka terus memperkukuh keberkesanan Ops Naga sebagai benteng utama negara dalam mengekang pencerobohan asing dan jenayah rentas sempadan di perairan Malaysia,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di Makkah akibat serangan jantung
Next: 1MDB: Balai Seni Negara sedia terima empat karya seni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.