Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Harumanis Bachok mula ‘mengharum’, pesara jana ekonomi baharu
  • RENCANA

Harumanis Bachok mula ‘mengharum’, pesara jana ekonomi baharu

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGUSAHA Mangga Harumanis, Mohd Rudzuan Jusoh, 53, (kanan) bersama rakan melihat sebahagian buah mangga Harumanis ketika ditemui Bernama di Ladang Harumanis Kuala Rekang, Melawi baru-baru ini. Inisiatif itu tercetus pada penghujung 2019 hasil perbincangan bersama rakan sekampung sebelum berkembang menjadi projek pertanian berkelompok melibatkan lebih 40 peserta. Cadangan ini mendapat sambutan kerana peserta mahu memanfaatkan tanah bekas tanaman tembakau yang terbiar, selain menjana pendapatan baharu melalui pertanian bernilai tinggi. Foto BERNAMA

KETIKA ramai memilih berehat selepas bersara, sekumpulan pesara di Kuala Rekang, Melawi, Bachok memilih jalan berbeza dengan menghidupkan semula tanah terbiar menerusi tanaman Harumanis yang kini mula mengharumkan nama Bachok.

Mangga premium yang sebelum ini sinonim dengan Perlis itu kini perlahan-lahan mencipta ‘rumah’ baharu di bumi Kelantan.

Apa yang bermula sebagai perbualan santai di wakaf kampung kini berkembang menjadi sumber rezeki bersama, sekali gus mengeratkan hubungan komuniti dan memberi makna baharu kepada kehidupan selepas persaraan.

Ketua pengusaha tanaman Harumanis, Mohd Rudzuan Jusoh, 53, berkata inisiatif itu tercetus pada penghujung 2019 hasil perbincangan bersama rakan sekampung selepas solat Isyak, sebelum berkembang menjadi projek pertanian berkelompok melibatkan lebih 40 peserta.

“Cadangan ini mendapat sambutan kerana peserta mahu memanfaatkan tanah bekas tanaman tembakau yang terbiar, selain menjana pendapatan baharu melalui pertanian bernilai tinggi. 

“Kami membeli benih dari Perlis menggunakan kos sendiri dan mengusahakannya secara berperingkat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

BUAH mangga Harumanis yang diusahakan Mohd Rudzuan Jusoh, 53, tumbuh subur di Ladang Harumanis Kuala Rekang, Melawi. Inisiatif itu tercetus pada penghujung 2019 hasil perbincangan bersama rakan sekampung sebelum berkembang menjadi projek pertanian berkelompok melibatkan lebih 40 peserta. Cadangan ini mendapat sambutan kerana peserta mahu memanfaatkan tanah bekas tanaman tembakau yang terbiar, selain menjana pendapatan baharu melalui pertanian bernilai tinggi. Foto BERNAMA

Menurutnya kini lebih 3,000 pokok Harumanis diusahakan di kawasan berkenaan, dengan kebanyakan peserta terdiri daripada pesara kakitangan awam termasuk guru yang mempunyai masa, minat serta modal untuk menceburi bidang pertanian selepas tamat perkhidmatan.

Beliau berkata faktor geografi Bachok yang berhampiran pantai dengan cuaca panas berpanjangan serta sumber air mencukupi menjadikan kawasan itu sesuai untuk tanaman berkenaan, selain tanah beris bekas tanaman tembakau yang subur.

“Maklum balas pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur menunjukkan rasa dan aroma Harumanis Bachok setanding dengan hasil dari Perlis. Kami juga menawarkan buah masak kuning atau hijau mengikut permintaan,” katanya.

Mohd Rudzuan berkata pokok Harumanis lazimnya mula berbuah dalam tempoh tiga hingga lima tahun, dan bagi musim Mei ini, hasil tuaian dianggarkan mencecah tiga tan, antara yang terbaik setakat ini.

Beliau berkata jualan bermula 16 Mei dengan harga RM100 bagi tiga kilogram gred premium, RM100 untuk empat kilogram gred A, manakala pembelian terus di ladang ditawarkan lima kilogram pada harga sama tanpa penggredan, termasuk peluang pelanggan memetik sendiri buah.

Sementara itu, pesara guru Rasidi Teh, 63, berkata kejayaan projek berkenaan membuktikan golongan pesara masih mampu kekal aktif dan menjana pendapatan, selain mengeratkan hubungan komuniti setempat.

“Daripada tanah terbiar, kini jadi sumber rezeki bersama. Kami berharap Kuala Rekang dapat muncul sebagai hab baharu Harumanis di Kelantan,” katanya, sambil menghargai sokongan kerajaan negeri melalui kursus serta geran kepada peserta bagi memperluaskan tanaman. – Bernama

Continue Reading

Previous: Gerai biasa, rasa luar biasa, Nasi Lemak Berlauk SOS tarik perhatian
Next: Duta baharu Arab Saudi tekankan pengukuhan hubungan dua hala, komitmen haji, pandangan serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.