Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gelanggang futsal Taman Harmoni bakal berbumbung menjelang 2027
  • SUKAN

Gelanggang futsal Taman Harmoni bakal berbumbung menjelang 2027

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis pada Majlis Merarau Mantar Gawai Dayak yang diadakan sempena sambutan Ulang Tahun ke-14 JKKK Taman Harmoni Iban Fasa 1, semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Kerajaan Sarawak terus komited memperkasakan pembangunan prasarana sukan dan kemudahan komuniti di kawasan luar bandar bagi memastikan golongan belia mempunyai akses kepada gaya hidup sihat.

​Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, usaha ini penting bagi memastikan kemudahan sedia ada sentiasa relevan dan selesa untuk kegunaan penduduk setempat, khususnya di kawasan perumahan yang pesat membangun.

​Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menjelaskan bahawa pihaknya bercadang untuk menaik taraf gelanggang futsal di Taman Harmoni dengan pemasangan bumbung. 

Projek ini dijangka akan dilaksanakan melalui peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tahun 2027.

​Harden menekankan bahawa penyediaan fasiliti yang lebih selesa seperti dewan komuniti dan gelanggang sukan adalah langkah proaktif untuk menggalakkan remaja dan belia di kawasan berkenaan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal yang bermanfaat.

​Selain aspek sukan, beliau turut menyentuh mengenai inisiatif perumahan di kawasan tersebut yang kini sedang giat diusahakan. 

DATUK Francis menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket cabutan bertuah semasa Majlis Merarau Mantar Gawai Dayak yang diadakan sempena sambutan Ulang Tahun ke-14 JKKK Taman Harmoni Iban Fasa 1, semalam. Foto: ADUN Simanggang

Menurutnya, projek baik pulih rumah yang terbengkalai telah dimulakan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak.

​Langkah berkenaan diambil bagi memenuhi permintaan tinggi daripada masyarakat setempat yang masih berusaha dan berhasrat untuk memiliki kediaman sendiri di kawasan yang strategik tersebut.

​Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Merarau Mantar Gawai Dayak yang diadakan sempena sambutan Ulang Tahun ke-14 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Harmoni Iban Fasa 1, di sini, semalam.

​Dalam ucapan perasmiannya, Harden turut merakamkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya mengekalkan keutuhan pertubuhan JKKK berkenaan sehingga mencapai usia 14 tahun sejak ia mula ditubuhkan.

​Program tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai platform untuk merapatkan ikatan persaudaraan dalam kalangan ahli JKKK, malah turut menjadi medium untuk mengutip dana bagi membiayai pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dirancang pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pearly intai peluang untuk beraksi pada Kejohonan Masters Malaysia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.