Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMK Tudan hampir siap, dijangka beroperasi Jun ini
  • Utara
  • WILAYAH

SMK Tudan hampir siap, dijangka beroperasi Jun ini

Utusan Sarawak 14 hours ago
 
TURUN PADANG… Chiew Choon Man bersama yang lain ketika meninjau perkembangan terkini projek pembinaan semula Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tudan di Miri yang kini hampir siap.

MIRI: Selepas bertahun-tahun tertangguh hingga diklasifikasikan sebagai projek sakit, pembinaan semula Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tudan di sini kini hampir menjadi kenyataan apabila projek bernilai pendidikan itu mencapai 99 peratus siap dan dijangka beroperasi Jun ini.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, beliau turun padang meninjau sendiri perkembangan terkini projek tersebut yang melibatkan pembinaan 36 bilik darjah, makmal dan bengkel baharu, kantin, dewan serbaguna, surau serta pelbagai kemudahan lain.

Menurutnya, hanya baki kerja-kerja kecil masih perlu diselesaikan sebelum projek berkenaan dapat disiapkan sepenuhnya.

“SMK Tudan pernah mengalami kelewatan serius selama bertahun-tahun dan dikategorikan sebagai projek sakit pada 2022.

“Saya telah membawa isu ini ke Parlimen serta mendapatkan perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi memastikan projek ini diteruskan dan disiapkan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, apabila siap kelak, sekolah berkenaan dijangka membantu mengurangkan kesesakan pelajar di sekolah berhampiran selain menyediakan persekitaran pembelajaran lebih selamat dan kondusif.

Katanya, penyediaan kemudahan pendidikan berkualiti amat penting dalam memastikan generasi muda mendapat peluang pendidikan terbaik demi masa depan mereka.

“Saya sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan pendidikan kerana ia adalah pelaburan penting untuk masa depan pelajar dan negara,” katanya.

Chiew turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan (KPM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri atas usaha berterusan mereka dalam memastikan projek tersebut dapat disiapkan.

Beliau menegaskan akan terus memantau rapat perkembangan projek itu sehingga siap sepenuhnya demi kesejahteraan penduduk Miri, khususnya kawasan Tudan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Inisiatif STEAM melalui Hari Selamatkan Katak tarik minat pelajar
Next: ADUN Jepak tinjau lapan lokasi projek RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.