Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Unimas diiktiraf sebagai Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik Sarawak
  • PENDIDIKAN

Unimas diiktiraf sebagai Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik Sarawak

Utusan Sarawak 21 hours ago
SESI penyerahan sijil akredasi Unimas sebagai Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik disaksikan oleh Datuk Liwan Lagang, di Detar Unimas, Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menerima Sijil Akreditasi sebagai Pusat Latihan dan Peperiksaan Kursus Kekompetenan Gas dan Elektrik, sekali gus memperkukuh pembangunan bakat tempatan dalam sektor utiliti strategik negeri.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, sektor gas dan elektrik bukan sekadar pembekal utiliti, malah merupakan aset penting yang menyokong pembangunan industri serta kemasukan pelaburan.

“Pengurusan sektor ini perlu disokong oleh kerangka yang tersusun, sistem latihan yang mantap serta tenaga kerja yang benar-benar kompeten.

“Ia juga selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta diperkukuh melalui Ordinan Pengagihan Gas 2016 dan peraturan berkaitan.

TETAMU kehormat yang turut hadir pada majlis Penyerahan Sijil Akreditasi Unimas sebagai Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik, di Detar Unimas, Kota Samarahan.

“Aspek keselamatan utiliti tidak boleh bergantung kepada pengalaman tidak formal semata-mata, sebaliknya perlu diperkukuh melalui latihan sistematik dan pengiktirafan profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang, pada majlis Penyerahan Sijil Akreditasi Unimas sebagai Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik, di Detar Unimas, hari ini.

Tambah beliau, sektor tenaga elektrik kini memainkan peranan semakin kritikal, khususnya dalam menyokong peralihan ke arah tenaga boleh baharu seperti solar.

“Oleh itu, pembangunan tenaga kerja kompeten dalam pendawaian elektrik dan reka bentuk sistem solar PV perlu diberi keutamaan.

“Usaha ini penting bagi memastikan keperluan industri semasa dapat dipenuhi dengan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi,” jelasnya.

LAWATAN pameran pada majlis Penyerahan Sijil Akreditasi Unimas sebagai Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik, di Detar Unimas, Kota Samarahan.

Sementara itu, Naib Canselor Unimas, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, pengiktirafan tersebut merupakan satu penghormatan besar kepada universiti selain amanah untuk terus menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Fakulti Kejuruteraan Unimas telah diberi kepercayaan untuk membangunkan modul serta menganjurkan kursus kompetensi berkaitan gas dan elektrik di Sarawak.

“Dengan kepakaran akademik, tenaga pengajar dan fasiliti sedia ada, Unimas bersedia memainkan peranan sebagai pusat latihan dan peperiksaan yang diyakini,” ujarnya. 

Untuk rekod, antara kursus ditawarkan termasuk Gas Fitter Class III dan II, Wireman Grade 1 dan 2, serta kursus tenaga boleh baharu seperti Solar PV Design dan Chargeman L4 Solar.

Pengiktirafan tersebut mencerminkan pengukuhan ekosistem kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan tinggi dan industri dalam membangunkan sektor utiliti yang mampan serta berdaya saing di Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Tahun Enam fasa kritikal bentuk sahsiah dan persediaan ke sekolah menengah
Next: KPTMSB salur dividen RM19.97 juta kepada MARA Corp

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.