Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Thomas 2026 pengalaman terburuk dalam karier – Jun Hao
  • SUKAN

Piala Thomas 2026 pengalaman terburuk dalam karier – Jun Hao

Utusan Sarawak 13 hours ago

 

JUN Hao mengakui bahawa prestasi yang ditunjukkan oleh beliau di Piala Thomas 2026 kurang memuaskan. Foto: Bernama

SEPANG: Perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao mengakui prestasi hambar di Piala Thomas 2026 sebagai detik hitam dalam perjalanan kariernya.

Pemain kedudukan ke-25 dunia itu berkata beliau cukup kecewa dengan aksinya apabila gagal menyumbang sebarang mata buat negara di Horsens, Denmark baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau bertekad bangkit melupakan episod hitam berkenaan dengan tampil lebih mantap pada kejohanan yang akan datang.

“Ya (pengalaman terburuk dalam karier). Secara peribadi, saya akui prestasi yang ditunjukkan memang belum cukup, ada kekurangan.

“Sekarang saya hanya mahu memulihkan prestasi dalam masa yang secepat mungkin dan untuk itu saya akan menilai semula aksi saya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Dalam pada itu, pemain beregu lelaki negara Tee Kai Wun mengakui kempen Piala Thomas kali ini memberinya pengalaman cukup berharga meskipun gagal membantu Malaysia membawa pulang kejuaraan.

Menurut beliau, peluang berganding dengan pemain berbeza adalah medan terbaik buat dirinya untuk menimba pengalaman.

“Satu perkara yang baik untuk saya sebab digandingkan dengan pemain berbeza. Dekat situ saya boleh dapat pengalaman baharu,” katanya yang turut digandingkan dengan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, selain Man Wei Chong dalam kejohanan itu.

Pada kempen Piala Thomas 2026, Malaysia yang juga naib juara Kumpulan B menamatkan saingan di suku akhir selepas tewas kepada juara bertahan China 3-0. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Olahraga perlu manfaatkan teknologi untuk tarik minat golongan muda – Sebastian Coe
Next: Piala Uber: Korea Selatan tewaskan China untuk rangkul kejuaraan ketiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.