Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendedahan awal bahaya dadah benteng lindungi pelajar
  • Tengah
  • WILAYAH

Pendedahan awal bahaya dadah benteng lindungi pelajar

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK KENANGAN…Toh merakam kenangan bersama para peserta program kesedaran Jauhi Dadah, Gaya Hidup Sihat.

SIBU: Pendedahan awal mengenai bahaya dadah dan kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dilihat sebagai benteng utama untuk mencegah mereka daripada terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan bahan terlarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng, berkata program Jauhi Dadah, Gaya Hidup Sihat bukan sekadar aktiviti biasa, malah menjadi panduan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan golongan muda.

Menurutnya, para pelajar didedahkan kepada risiko penyalahgunaan dadah, selain berpeluang mendengar pengalaman sebenar individu yang pernah terjebak dan berjaya pulih.

“Perkongsian pengalaman ini lebih memberi kesedaran berbanding pembelajaran di dalam buku kerana ia membantu pelajar memahami kesan buruk dadah terhadap individu, keluarga dan masyarakat dengan lebih mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya, Kaunselor Toh Yong Kiang, pada program anjuran Persatuan Kebajikan Sibu dan Pusat Pembentukan Kehidupan Methodist Kai Sheng hari ini.

Katanya, usaha mempromosikan gaya hidup sihat mampu membentuk nilai yang betul dalam kalangan pelajar, sekali gus membantu mereka menjauhi pengaruh negatif.

Beliau menegaskan bahawa penyalahgunaan dadah bukan sahaja merosakkan kesihatan fizikal, malah turut menjejaskan masa depan seseorang serta memberi kesan kepada keluarga.

“Bagi pelajar yang masih di peringkat awal kehidupan, amat penting untuk mengekalkan pemikiran yang jelas serta membuat pertimbangan yang bijak,” katanya.

Chieng berkata, penyertaan dalam program seumpama itu memberi manfaat besar dengan meningkatkan kesedaran serta keupayaan pelajar untuk mengenal dan menolak pengaruh dadah.

Selain itu, katanya, perkongsian kisah benar turut memupuk empati, rasa tanggungjawab dan penghargaan terhadap kehidupan.

Beliau berharap program berkenaan dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk memperkukuh pendirian, menjaga diri serta menjadi contoh dalam mewujudkan persekitaran sekolah dan masyarakat yang bebas dadah dan sihat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Keluarga SUPP Cawangan Bawang Assan eratkan perpaduan ahli
Next: Ular sawa 14 kaki muncul di halaman rumah, APM Spaoh bertindak pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.