Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kanak-kanak hilang enam hari ditemui selamat dalam semak
  • Selatan
  • WILAYAH

Kanak-kanak hilang enam hari ditemui selamat dalam semak

Utusan Sarawak 9 hours ago
 LAW Ching Sing ditemui sekitar 1.30 pagi hasil operasi pencarian bersepadu yang melibatkan pihak polis bersama penduduk kampung. Foto: IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 28 April lalu akhirnya terungkai apabila mangsa ditemukan dalam keadaan selamat di kawasan semak berhampiran Kampung Muhibbah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam mengesahkan bahawa mangsa, Law Ching Sing, ditemui sekitar 1.30 pagi hasil operasi pencarian bersepadu yang melibatkan pihak polis bersama penduduk kampung.

Menurut beliau, kehilangan mangsa disedari selepas kanak-kanak itu dipercayai melarikan diri dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman sekitar 8.40 pagi pada 28 April lalu sebelum laporan polis dibuat bagi memulakan usaha pengesanan segera.

Susulan laporan tersebut, pihak polis melancarkan operasi pencarian intensif dengan menjalankan risikan serta meneliti maklumat yang diterima daripada orang awam bagi menjejak lokasi mangsa.

Usaha berterusan itu akhirnya membuahkan hasil apabila mangsa ditemui di kawasan semak Kampung Muhibbah dalam keadaan fizikal yang stabil tanpa sebarang kecederaan serius.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 KETUA Polis Daerah Sri Aman Superintenden Dennis Bunyam.

“Dia kini telah diserahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komuniti setempat yang tampil membantu menyalurkan maklumat sehingga mangsa berjaya ditemui.

Kerjasama erat antara pihak berkuasa dan masyarakat setempat disifatkan sebagai faktor penting dalam memastikan operasi pencarian berjalan lancar dan berakhir dengan hasil yang positif.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta memastikan keselamatan mereka terjamin, selain segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kejadian mencurigakan atau kehilangan ahli keluarga.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program Pra-Gawai hari ke-11 dekati komuniti Sungai Galan dan Sungai Baron
Next: Hari Keluarga SUPP Cawangan Bawang Assan eratkan perpaduan ahli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.