Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Polis Korea Selatan kenakan sekatan perjalanan terhadap pelatih K-pop Jepun
  • HIBURAN

Polis Korea Selatan kenakan sekatan perjalanan terhadap pelatih K-pop Jepun

Utusan Sarawak 14 hours ago
POLIS Korea Selatan kenakan sekatan perjalanan terhadap pelatih K-pop Jepun. Gambar hiasan.

SEOUL: Polis Korea Selatan mengenakan sekatan perjalanan terhadap seorang pelatih kumpulan lelaki K-pop dari Jepun atas tuduhan penipuan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Balai Polis Seoul Yeongdeungpo baru-baru ini melarang pelatih itu meninggalkan Korea Selatan selepas agensi pengurusan kumpulan itu memfailkan aduan mengenainya yang menandatangani kontrak dengan syarikat lain.

Menurut polis dan agensi itu, pelatih berkenaan, yang identitinya dirahsiakan, telah keluar daripada kumpulan lelaki enam ahli pada Disember lepas, dua bulan sebelum penampilan sulung mereka, atas alasan hilang kepercayaan.

Kumpulan tersebut telah merakam video muzik dan mengeluarkan rekod single pertama mereka di platform penstriman.

Agensi berkenaan juga telah mendedahkan kesemua enam ahli kumpulan itu, yang kini meneruskan aktiviti sebagai kuintet tanpa pelatih Jepun terbabit.

Agensi kemudiannya mengetahui bahawa ahli yang hilang itu telah menandatangani perjanjian dengan syarikat pengurusan lain, tetapi dia juga mengingkari komitmennya dengan syarikat tersebut.

“Dia telah menandatangani kontrak dengan agensi Korea dan membuatkan mereka membelanjakan sejumlah besar wang untuknya, dan kemudian hilang sejurus sebelum kumpulannya akan membuat penampilan sulung mereka,” kata agensi yang memfailkan aduan polis itu.

“Agensi yang lebih kecil mungkin tidak mengambil tindakan undang-undang dalam keadaan ini kerana berbuat demikian boleh memakan masa dan kos yang tinggi, dan individu ini mengambil kesempatan daripada itu.”

Syarikat berkenaan mendakwa kehilangan pelatih Jepun itu mengakibatkan anggaran kerugian sekitar 57 juta won (AS$38,590) termasuk kos untuk latihan, koreografi, rakaman, penggambaran video muzik dan sewa untuk kediaman kumpulan.

Polis percaya pemuda Jepun itu masih berada di Korea Selatan pada masa ini.

Menurut Agensi Kandungan Kreatif Korea (KCCA), 42 daripada 963 pelatih K-pop ialah warga asing pada penghujung 2024.

KCCA menyatakan agensi K-pop memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk mengurus kerjaya ahli asing dan menyediakan perlindungan undang-undang untuk mereka. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Artis figura dikenali, jangan sombong, pesan Khadijah Ibrahim
Next: Rolling Stones sahkan album baharu akan dilancarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.