Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Rolling Stones sahkan album baharu akan dilancarkan
  • HIBURAN

Rolling Stones sahkan album baharu akan dilancarkan

Utusan Sarawak 8 hours ago
ROLLING Stones. Foto Agensi

LONDON: Kumpulan rock Rolling Stones mengesahkan bahawa judul projek muzik terbaharu mereka ialah “Foreign Tongues”.

Pengumuman itu dibuat selepas berbulan-bulan spekulasi susulan kemunculan papan iklan misteri dan hantaran di media sosial oleh kumpulan berkenaan, yang mencetuskan khabar angin bahawa mereka akan melancarkan album baharu – yang pertama sejak album mereka Hackney Diamonds memenangi Anugerah Grammy pada 2023.

Press Association difahamkan kumpulan itu akan melancarkan album baharu mereka pada 10 Julai selepas anggota kumpulan Mick Jagger, Ronnie Wood dan Keith Richards berkongsi karya seni album berkenaan pada Sabtu, dengan setiap seorang memuat naik bahagian berbeza kulit album tersebut.

Jagger berkongsi gambar yang memaparkan bahagian bawah kulit album yang menunjukkan ilustrasi mulut dan dagunya.

Wood pula berkongsi bahagian tengah kulit album yang memaparkan mata dan hidungnya.

Richards melengkapkan paparan itu dengan berkongsi bahagian atas yang menampilkan ilustrasi kepala dengan rambut kusut serta memakai bandana berwarna-warni.

Pada Jumaat, kumpulan itu turut berkongsi petikan lagu yang belum dinamakan menerusi video berdurasi 13 saat kepada 4.2 juta pengikut mereka, memaparkan logo lidah dan bibir ikonik kumpulan itu dengan latar bergerak.

Kapsyen hantaran tersebut hanya mengandungi dua emoji, termasuk satu emoji cakera padat, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat bahawa ia merujuk kepada album baharu.

Khabar angin mengenai muzik baharu mula timbul bulan lalu apabila beberapa mesej misteri termasuk poster dan kod QR yang dikaitkan dengan The Cockroaches muncul di sekitar London dan dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan itu.

Rolling Stones juga dilaporkan pernah melancarkan muzik serta membuat persembahan menggunakan nama samaran Cockroaches, dengan video promosi berkaitan nama itu dikongsi di Instagram mereka.

Cockroaches kemudian melancarkan single vinil edisi terhad bertajuk “Rough And Twisted” pada 11 April, yang dilaporkan hanya dijual secara eksklusif di kedai muzik bebas terpilih.

Ditubuhkan di London pada 1962, Rolling Stones mempunyai sejarah panjang menghasilkan album popular dan single nombor satu, termasuk “(I Can’t Get No) Satisfaction”, “Paint It Black” dan “Start Me Up”.

Selepas anggota lama kumpulan itu Charlie Watts meninggal dunia pada Ogos 2021 pada usia 80 tahun, Steve Jordan mengambil alih sebagai pemain dram kumpulan itu yang kini dianggotai Jagger, Richards dan Wood.

Sepanjang kerjaya mereka yang menjangkau beberapa dekad, Rolling Stones menghasilkan 14 album nombor satu di United Kingdom dan lapan lagu hit nombor satu.

Kumpulan rock itu disenaraikan dalam Rock and Roll Hall of Fame pada 1989. – Bernama

Continue Reading

Previous: Polis Korea Selatan kenakan sekatan perjalanan terhadap pelatih K-pop Jepun
Next: Penggabungan Paramount–Warner Bros hadapi tentangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.