Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mukah berpotensi menjadi hab ekonomi digital dan inovasi Sarawak
  • TEMPATAN

Mukah berpotensi menjadi hab ekonomi digital dan inovasi Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
UNTUK KENANGAN…..Awang Tengah pada Majlis Perasmian Kaul Mukah dan Keman Kaul 2026 di Pentas Utama Tapak Kaul, Pantai Kala Dana, hari ini. Turut kelihatan ialah Len, Fatimah, Hanifah, Abdul Yakub serta yang lain.

MUKAH: Mukah mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab pembangunan ekonomi digital, inovasi dan pembangunan bakat di zon tengah Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, potensi tersebut turut merangkumi pembangunan ekonomi dalam sektor pertanian moden, akuakultur, ekonomi biru serta tenaga boleh diperbaharui.

Menurutnya, perkembangan itu disokong oleh kewujudan pelbagai institusi pendidikan dan latihan kemahiran di bahagian berkenaan, selain jaringan infrastruktur yang semakin lengkap.

“Mukah mempunyai institusi pendidikan untuk meningkatkan kemahiran seperti CENTEXS, kampus cawangan UiTM dan sekolah vokasional.

“Ini membolehkan Mukah dibangunkan sebagai sebahagian daripada kawasan Central Park Sarawak, khususnya sebagai hab pembangunan digital, inovasi serta pembangunan bakat dan sumber manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kaul Mukah dan Keman Kaul 2026 di Pentas Utama Tapak Kaul, Pantai Kala Dana, hari ini.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak 48 projek pembangunan dilaksanakan di seluruh Bahagian Mukah melibatkan pelaburan melebihi RM4 bilion oleh kerajaan Sarawak.

Pembangunan itu merangkumi projek jalan raya, jambatan serta kemudahan asas lain yang bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Awang Tengah berkata, pembangunan berterusan di Mukah akan membuka lebih banyak peluang pelaburan dalam pelbagai sektor.

“Ini termasuk maritim dan industri berasaskan sumber laut yang akan menjadi antara hab pertumbuhan ekonomi penting Sarawak pada masa depan,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pesta Kaul 2026, Abdul Yakub Arbi dan ADUN, Tellian Royston Valentine.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pesta Kaul simbol perpaduan rakyat berbilang kaum di Sarawak-Awang Tengah
Next: Gedong digerak sebagai hab permotoran, litar tunggu penzonan tanah selesai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.