Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Syamel kembali single baharu Pertama ciptaan Edry Abdul Halim
  • HIBURAN

Syamel kembali single baharu Pertama ciptaan Edry Abdul Halim

Utusan Sarawak 8 hours ago
SYAMEL kembali single terbaharunya berjudul Pertama

KUALA LUMPUR: Penyanyi berprestasi vokal tinggi, Syamel, kembali merancakkan industri muzik tempatan menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul Pertama, sebuah karya segar ciptaan dan terbitan Edry Abdul Halim.

Lagu ini membuka lembaran baharu dalam perjalanan seni Syamel dengan menampilkan sisi muzik yang lebih groovy, moden serta sarat identiti tersendiri.

Pertama mengangkat tema cinta pandang pertama, namun diterjemahkan dengan pendekatan lebih luas dan terbuka bukan sekadar perasaan terhadap seseorang, tetapi juga keterujaan spontan apabila berdepan sesuatu yang diminati, seperti kereta impian atau rumah idaman.

Menurut Syamel, lagu tersebut meraikan momen spontan yang sukar dijelaskan, namun cukup kuat untuk mencetuskan rasa bahagia dan harapan.

“Kadangkala bila kita tengok sesuatu, terus ada satu perasaan yang susah nak diterangkan, tapi hati kita terus ‘klik’. Itulah rasa yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini,” katanya.

SINGLE baharu Syamel berjudul Pertama.

Melengkapkan naratif, video muzik rasmi Pertama tampil dengan konsep sinematik unik yang mengisahkan pertemuan ringkas antara dua individu asing yang berkembang menjadi kisah cinta sempurna, sebelum penonton menyedari ia hanyalah imaginasi yang tercipta dalam sekelip mata.

Pendekatan ini menggambarkan bagaimana satu detik singkat mampu terasa begitu besar apabila perasaan hadir dengan begitu kuat.

Video muzik tersebut turut menampilkan kolaborasi bersama personaliti media sosial tempatan, Aya Amiruddin dan Sharmaine Alexander, yang membawa elemen segar serta karisma tersendiri dalam penceritaan visual.

Dari sudut produksi, Pertama  memperlihatkan transformasi berani Syamel. Jika sebelum ini beliau sinonim dengan lagu balada yang sarat emosi, kali ini beliau hadir dengan gaya nyanyian lebih santai, berani dan penuh karakter.

Pertama kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital, manakala tarikh pelancaran video muzik rasmi akan diumumkan menerusi saluran media sosial Syamel.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Cabaran bahasa tidak halang Maryam Duriankimchi tampil dengan Hidayah
Next: Kumpulan Wali tebus kecewa, lengkapkan konsert penuh emosi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.