Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiada dokumen stabiliti, vesel tunda bersama tongkang ditahan di Kuala Miri
  • JENAYAH

Tiada dokumen stabiliti, vesel tunda bersama tongkang ditahan di Kuala Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITAHAN… Maritim Malaysia Zon Miri menahan sebuah vesel tunda bersama tongkang di perairan Kuala Miri selepas gagal mengemukakan dokumen stabiliti kapal semasa pemeriksaan dijalankan.

MIRI: Tindakan sebuah vesel tunda bersama tongkang beroperasi tanpa dokumen stabiliti kapal membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri di perairan Kuala Miri, semalam.

Vesel berkenaan dikesan sekitar 1.30 tengah hari oleh aset ronda Maritim Malaysia kira-kira 2.44 batu nautika barat daya Kuala Miri sebelum pemeriksaan dilakukan.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal terbabit gagal mengemukakan dokumen stabiliti kapal seperti diwajibkan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Katanya, pemeriksaan lanjut turut mendapati vesel itu dikendalikan 12 kru warga Indonesia berusia antara 24 hingga 55 tahun.

DITAHAN… 12 kru ditahan selepas vesel tunda dan tongkang yang dikendalikan didapati gagal mengemukakan dokumen stabiliti kapal di perairan Kuala Miri.

“Susulan kesalahan dikesan, perintah tahanan dikeluarkan terhadap vesel tunda dan tongkang terbabit.

“Master kapal bersama seorang kru kemudian diiring dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Khairol, Maritim Malaysia akan terus memperhebat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Katanya, tindakan tegas akan diteruskan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang maritim negara.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Seorang ditangkap, 26 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
Next: 17 warga asing ditahan dalam operasi awal pagi di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.