Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah dijangka terus menunjukkan aliran meningkat minggu depan
  • BISNES

Pasaran getah dijangka terus menunjukkan aliran meningkat minggu depan

Utusan Sarawak 9 hours ago
PASARAN getah berkemungkinan akan mengalami sedikit turun naik, dengan kecenderungan yang lebih perlahan.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah dijangka meneruskan momentum menaik minggu depan, disokong oleh harga minyak mentah yang kukuh dan potensi gangguan bekalan. 

Menurut Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), harga getah yang mencapai paras tertinggi baharu minggu ini, berkemungkinan akan terus meningkat.

“Harga getah telah mencapai paras tertinggi baharu minggu ini dan trend menaik ini berkemungkinan akan berterusan hingga minggu depan, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh dan jangkaan gangguan bekalan susulan sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas pelabuhan Iran,” kata MARGMA kepada Bernama. 

Persatuan itu menambah bahawa isyarat menggalakkan daripada dasar ekonomi terbaharu China mungkin dapat mengukuhkan sokongan terhadap permintaan. 

Bagaimanapun, pakar industri Denis Low berkata pasaran getah berkemungkinan akan mengalami sedikit turun naik, dengan kecenderungan yang lebih perlahan.

“Minggu hadapan sangat tidak menentu dan pasaran getah nampaknya berada dalam kedudukan bekalan yang terhad tanpa sebab yang munasabah,” katanya. 

Pasaran ditutup semalam bersempena dengan cuti umum Hari Pekerja dan akan meneruskan dagangan pada 4 Mei.

Bagi asas mingguan, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 18 sen kepada 859 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 6.5 sen kepada 751 sen sekilogram. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara 1,700 dan 1,730 minggu depan
Next: Pengukuhan ringgit, unjuran KDNK IMF, bukti keyakinan dunia terhadap ekonomi Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.