Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukma 2026 diteruskan dengan pendekatan lebih sederhana
  • SUKAN

Sukma 2026 diteruskan dengan pendekatan lebih sederhana

Utusan Sarawak 11 hours ago
 DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui media selepas merasmikan Kejohanan Futsal Piala Presiden SABERKAS 2026, di sini, hari ini.-Foto Norman B

KUCHING: Sukan Malaysia (Sukma) 2026 akan diteruskan dengan pendekatan lebih sederhana susulan keputusan mesyuarat khas antara Kementerian Belia dan Sukan bersama kerajaan Selangor selaku tuan rumah.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan itu dibuat mengambil kira tahap kesiapsiagaan penganjuran yang kini berada di peringkat akhir.

Menurut beliau, majlis perasmian dan penutupan akan dilaksanakan secara minimum, manakala semua acara sukan kekal seperti yang telah dirancang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Kejohanan Futsal Piala Presiden Saberkas 2026 di Arena Sukan Kuching.

Dalam pada itu, katanya, jumlah sukarelawan turut dikurangkan secara signifikan daripada 30,000 kepada sekitar 5,000 orang.

“Memang banyak pengurangan dilakukan, namun diharapkan ia tidak menjejaskan kemeriahan Sukma,” katanya.

Oleh Norman B

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Uber: Tembok China kebal, hajat Malaysia terhenti di suku akhir
Next: Tujuh kelab Liga-M lengkapkan dokumentasi lesen AFC, Kebangsaan – FIB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.