Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Harga petrol melonjak, California cecah AS$6 segelen di tengah ketegangan global
  • GLOBAL

Harga petrol melonjak, California cecah AS$6 segelen di tengah ketegangan global

Utusan Sarawak 12 hours ago
HARGA petrol melonjak, California cecah AS$6 segelen di tengah ketegangan global. Foto hiasan.

LOS ANGELES: Ketika purata harga petrol nasional Amerika Syarikat (AS) mencecah paras tertinggi dalam tempoh empat tahun susulan ketegangan global, California menyaksikan purata harga petrolnya melepasi AS$6 segelen (3.78 liter) pada Khamis, lapor Xinhua.

Purata nasional meningkat kepada AS$4.30 segelen, naik AS$0.27 dalam tempoh seminggu, menurut Persatuan Automobil Amerika (AAA), sebuah persatuan bukan berasaskan keuntungan yang mempunyai lebih 60 juta ahli.

Dalam kenyataan, AAA berkata, purata nasional itu AS$1.12 lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas, ketika harga minyak mentah melonjak melebihi AS$100 setong ‘tanpa petunjuk bila Selat Hormuz akan dibuka semula’.

“Harga petrol kini berada pada paras tertinggi dalam tempoh empat tahun, sejak akhir Julai 2022,” menurut AAA.

California mencatat purata tertinggi di seluruh negeri pada AS$6.01 segelen pada Khamis, diikuti Hawaii pada AS$5.64 dan Washington pada AS$5.57.

Harga petrol di Oregon dan Nevada turut melebihi AS$5, masing-masing pada AS$5.15 dan AS$5.12 segelen. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Banksy perkenal arca baharu bersaiz besar di tengah London
Next: Persediaan emosi jemaah penting dalam menghadapi cabaran haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.