HAKIMI Man yang bijak mencari ramai pemain muda berbakat menjadi pemain bola sepak profesional dengan mewakili beberapa pasukan di Malaysia mendapat sokongan ramai selaku Ketua Jurulatih Sarawak United III.
Hakimi Man ketika dihubungi Utusan Sarawak semalam turut menyatakan beliau ada termelihat dan baca berita itu dari kem Sarawak United baru-baru ini dengan salah satu laman sosial, Sarawak United Fan Club, memberi khabar bahawa bakal dibawa masuk ke Sarawak United.
Beliau yang bakal menyambut hari jadi ke-46 pada 18 Disember depan akan bertolak ke Kuching hari ini tidak mahu mengulas panjang dan jika diberi kepercayaan untuk tugas itu pasti akan diterima dengan kesyukuran, jelasnya.
Mengenai perjalanan ke Kuching hari ini beliau hanya memberitahu ada tugas pribadi sahaja, dan beliau turut mengucap terima kasih kerana mempunyai minat terhadap kejurulatihannya.
Sejarah dan pengalaman Hakimi Man semakin menyerlah apabila beliau berjaya membawa Sarawak menjuarai Piala Tun Syarifah Rodziah pada 2017.
Selain itu, beliau juga bijak mencari pemain bola sepak muda yang berbakat dengan bekas anak didiknya kebanyakan telah menjadi pemain bola sepak profesional dengan mewakili beberapa pasukan di Malaysia.
Antara pemain yang pernah ‘ditemui’ oleh Hakimi adalah Gabriel Nistelrooy (JDT II), Filimon Anyie Standly PJ City FC), Amar Muaz Bin Zamri (Sarawak United II), Alphonsos Joseph Willie, Hazroy Abdullah dan Darius Mat Donny Tinggang (SUIII).
Walaupun belum ada pengesahan, berita ini sememangnya mengujakan ramai peminat bola sepak Sarawak kerana Hakimi bukan nama yang asing di dalam pembangunan bola sepak Sarawak.
Malahan, jurulatih dengan pelbagai kejuaraan liga domestik dan juga kebangsaan itu sudah banyak kali dikaitkan dengan kerjaya bersama Sarawak United dan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sebelum ini.
Oleh itu, kemasukan beliau ke Sarawak United, sekiranya benar, akan diterima baik oleh ramai peminat bola sepak Sarawak yang sememangnya kenal dengan jurulatih ini.
Justeru itu, Hakimi Man merupakan seorang jurulatihan yang tidak pernah bermain untuk mana-mana pasukan di Malaysia, tetapi teknik kejurulatihannya adalah sangat berkesan dan mampu mengalas tugas utama itu demi pembangunan bola sepak Sarawak.
Oleh ADUM LIU