Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran hutan di timur Belanda masih tidak terkawal
  • GLOBAL

Kebakaran hutan di timur Belanda masih tidak terkawal

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR ini menunjukkan kebakaran hutan di kawasan latihan ketenteraan berhampiran ’t Harde dan hutan Veluwe, pada 29 April 2026. Foto AFP

THE HAGUE: Kebakaran hutan yang tercetus pada pagi Rabu berhampiran perkampungan ‘t Harde di wilayah Gelderland di Belanda masih di luar kawalan, menurut media tempatan, lapor Xinhua.

Menurut penyiar awam Belanda NOS, kebakaran merebak di kawasan seluas kira-kira 2,200 meter di kem latihan tentera di timur Belanda dan tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan setakat tujuh malam waktu tempatan (1800 GMT).

Edwin Kok, penyelaras negara Pengurusan Kebakaran Hutan di Institut Keselamatan Awam Belanda, menyifatkan kejadian itu sebagai “kebakaran yang sangat besar.”

Dutch nu.nl melaporkan tentera udara Belanda telah mengerahkan beberapa helikopter untuk membantu memadamkan kebakaran.

Kira-kira 400 anggota bomba sedang berusaha untuk mengawal kebakaran.

Punca kebakaran masih belum diketahui dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

NOS juga melaporkan pihak berkuasa telah memberi amaran tentang peningkatan risiko kebakaran hutan dalam tempoh akan datang disebabkan keadaan kemarau yang berterusan.

Beberapa kebakaran hutan dilaporkan di seluruh negara minggu lepas sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan berterusan insiden seperti itu.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 15 maut kemalangan jalan raya di India
Next: Asteroid dinamakan sempena bekas Paus Leo XIII

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.