Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PTBS Blue juara sulung Piala YB Mohamad Duri, perkasa sukan tenis di Saratok
  • SUKAN

PTBS Blue juara sulung Piala YB Mohamad Duri, perkasa sukan tenis di Saratok

Utusan Sarawak 4 hours ago
PASUKAN PTBS Blue dari Kuching muncul juara edisi sulung pertandingan tenis jemputan Piala YB Mohamad Duri yang berlangsung di gelanggang tenis JKR Saratok baru-baru ini. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Pasukan PTBS Blue dari Kuching muncul juara edisi sulung pertandingan tenis jemputan Piala YB Mohamad Duri yang berlangsung di gelanggang tenis JKR Saratok baru-baru ini.

Kejayaan itu menyaksikan PTBS Blue menewaskan saingan daripada beberapa pasukan jemputan, sekali gus membawa pulang kejuaraan sulung kejohanan berkenaan. 

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan KTS 2 dari Saratok, manakala pasukan Persatuan Tenis Sarikei meraih tempat ketiga.

Pertandingan tersebut menghimpunkan pasukan jemputan dari Sarikei, Kuching serta pasukan tuan rumah Saratok, sekali gus menyemarakkan lagi pembangunan sukan tenis di peringkat daerah.

Majlis penangguhan kejohanan telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Majid Amit Zainuddin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka. Turut hadir wakil Pegawai Daerah Saratok, Zalhata Chula.

Mohamad Duri, berkata sukan tenis bukan sekadar aktiviti fizikal, malah menuntut kekuatan mental, ketangkasan serta disiplin yang tinggi dalam kalangan pemain.

Menurut beliau, penganjuran kejohanan tersebut oleh Kelab Tenis Saratok merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memartabatkan serta mempopularkan sukan tenis di kawasan Dean Undangan Negeri (DUN) Kalaka dan Daerah Saratok secara keseluruhannya.

Beliau turut menegaskan komitmen berterusan untuk menyokong pembangunan sukan dengan menyalurkan peruntukan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM100,000 bagi menaik taraf gelanggang tenis JKR Saratok, selain tambahan RM20,000 melalui peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Sementara itu, Pengerusi Kelab Tenis Saratok, Yunus Julai, merakamkan penghargaan atas sokongan dan tajaan yang diberikan dalam menjayakan kejohanan tersebut.

Beliau turut mencadangkan agar kemudahan gelanggang tenis sedia ada dipertingkatkan dengan pemasangan lampu limpah bagi membolehkan aktiviti dan perlawanan dijalankan pada waktu malam, sekali gus memperluas penyertaan serta merancakkan lagi pembangunan sukan tenis di Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sampai bila harap kayuhan Azizulhasni?
Next: FIFA akan longgarkan peraturan penggantungan kad kuning di Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.