Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak hargai petugas jagaan warga emas melalui insentif khas RM200 sebulan 
  • TEMPATAN

Sarawak hargai petugas jagaan warga emas melalui insentif khas RM200 sebulan 

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah hadir menyempurnakan Majlis Bantuan Bayaran Insentif Penjagaan Warga Emas kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak di Rumah Seri Kenangan Kuching.

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan bayaran insentif penjagaan warga emas sebanyak RM200 sebulan kepada pegawai perkhidmatan awam yang bertugas di institusi kebajikan, dengan implikasi kewangan dianggarkan RM69,600 setahun.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, insentif itu sebagai penghargaan kepada petugas yang menjaga kebajikan penghuni di pusat jagaan.

“Pemberian bantuan bayaran insentif pada hari ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan Sarawak terhadap jasa dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan.

“Inisiatif ini juga bertujuan memberikan motivasi serta galakan agar mutu perkhidmatan yang diberikan terus dipertingkatkan.

“Kita percaya bahawa dengan adanya sokongan seperti ini, ia mampu meningkatkan semangat kerja,” katanya.

RAKAMAN gambar kenangan Majlis Bantuan Bayaran Insentif Penjagaan Warga Emas kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak di Rumah Seri Kenangan Kuching.

Beliau berkata demikian pada Majlis Bantuan Bayaran Insentif Penjagaan Warga Emas kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak di Rumah Seri Kenangan Kuching, hari ini.

Tambah beliau, langkah itu juga dijangka meningkatkan kualiti penjagaan serta menarik lebih ramai tenaga kerja dalam bidang tersebut.

“Pada masa yang sama, ia juga diharap dapat menarik lebih ramai tenaga kerja berkualiti untuk menceburi bidang penjagaan warga emas.

“Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan warga emas mendapat penjagaan sewajarnya, penuh kasih sayang dan hormat,” ujarnya.

Untuk rekod, kemasukan ke Rumah Seri Kenangan adalah berdasarkan kriteria berumur 60 tahun ke atas, tidak menghidap penyakit berjangkit, tidak mempunyai keluarga atau penjaga serta masih berupaya mengurus diri.

Di Rumah Seri Kenangan Kuching, seramai 86 penghuni ditempatkan dengan kapasiti melebihi 150 penghuni, dikendalikan kira-kira 42 kakitangan. 

Nisbah penjagaan ditetapkan satu penjaga bagi setiap 10 penghuni sihat dan satu bagi setiap empat penghuni berpenyakit atau terlantar.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: EnCon 2026 perkukuh peranan kejuruteraan sebagai pemacu inovasi masyarakat
Next: 148 penerima terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.