Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 14 terkorban dalam nahas pesawat di Sudan Selatan
  • GLOBAL

14 terkorban dalam nahas pesawat di Sudan Selatan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PESAWAT kecil terhempas berhampiran Juba, Sudan Selatan, 14 orang termasuk juruterbang dilaporkan maut dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada cuaca buruk. Foto AGENSI

JUBA: Empat belas orang terkorban pada Isnin apabila sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan Luri di pinggir Bandar Juba, ibu negara Sudan Selatan, lapor agensi berita Xinhua memetik pengesahan pihak berkuasa penerbangan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan Selatan (SSCAA) memaklumkan bahawa kesemua penumpang di dalam pesawat Cessna 208 Caravan dengan nombor pendaftaran 5Y-NOK kendalian CityLink Aviation Limited, maut dalam nahas itu.

“Terdapat 13 penumpang dan seorang juruterbang (kapten) di dalam pesawat terlibat. Antara mereka ialah dua warga Kenya dan 12 warga Sudan Selatan. Malangnya, tiada mangsa yang terselamat,” menurut SSCAA dalam satu kenyataan.

Badan kawal selia industri itu berkata pesawat berkenaan berlepas dari Yei menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juba pada 9.15 pagi waktu tempatan (0715 GMT) dan terputus hubungan pada 9.43 pagi waktu tempatan (0743 GMT).

Menurut SSCAA, siasatan awal menunjukkan pesawat itu berkemungkinan terhempas akibat keadaan cuaca buruk, terutamanya jarak penglihatan yang rendah.

Pihak kawal selia berkata pasukan penyiasat dan pasukan kecemasan kini berada di lokasi kejadian di kawasan Luri untuk membawa keluar mayat mangsa serta menyelamatkan rekod teknikal penerbangan terbabit. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Teknologi AI papar rupa dan detik akhir mangsa Pompeii
Next: Muzium Filipina hidupkan semula era Perdagangan Galleon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.