
SARIKEI: Sebanyak 209 pintu rumah panjang di beberapa kawasan telah menerima projek pintu, semalam.
Menurut Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, ia adalah sebagai usaha berterusan kerajaan meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
“Penyerahan projek pintu ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan penduduk rumah panjang terus menikmati kemudahan yang lebih selesa dan selamat.
“Kerajaan sentiasa komited memastikan kebajikan masyarakat luar bandar terus diberi perhatian melalui pelaksanaan pelbagai projek keperluan asas” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambahnya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok,
antara rumah panjang yang menerima manfaat projek pintu tersebut ialah Rumah Roslie Atul di Jalan Kim San, Rumah Anthony Suding, Rumah Man Sulang, Rumah Doris Baling dan Rumah Didong Barak di Simpang Koko, Sungai Paoh dan Rumah Stie Ubong di Ulu Bayong, Sungai Tapang
“Semasa lawatan tersebut, beberapa tuai rumah panjang lain yang tinggal berhampiran dengan Jalan Kim San, Simpang Koko, Sungai Paoh dan Ulu Bayong di Sungai Tapang iaitu Rumah Rosita Kuan, Rumah Jen Jimmy, Rumah Lamban Muchoi, Rumah Tracy James, Rumah Steve Rau, Rumah Jimboon Embol, Rumah Sebu Kijon, Rumah Kilau Grenang, Rumah Roseni Ngkarong dan Rumah Assun Uping turut menerima projek pintu.
“Pelaksanaan projek ini akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak terpinggir daripada arus pembangunan.
“Saya akan terus meneliti keperluan penduduk di kawasan Parlimen Sarikei dan DUN Repok supaya bantuan yang disalurkan benar-benar memberi manfaat kepada komuniti setempat,” katanya.
Oleh Earl Anek