Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Uber: Emosi bercampur buat Thinaah meskipun mengetahui Malaysia ke suku akhir
  • SUKAN

Piala Uber: Emosi bercampur buat Thinaah meskipun mengetahui Malaysia ke suku akhir

Utusan Sarawak 5 hours ago
BEREGU wanita Malaysia, M. Thinaah dan Ong Xin Yee beraksi menentang Yuki Fukushima dan Mayu Matsumoto dalam perlawanan Kumpulan B Piala Thomas dan Uber di Forum Horsens hari ini. Pasangan Malaysia tewas 9-21, 9-21. Foto BERNAMA

HORSENS, Denmark: Malaysia mengakhiri kempen peringkat Kumpulan B Final Piala Uber 2026 dengan emosi bercampur terutama bagi M. Thinaah yang mengetuai pasukannya melangkah ke suku akhir buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun.  

Thinnah, yang juga pemain beregu wanita nombor satu negara, berkata pencapaian itu datang dengan sedikit rasa kecewa buat dirinya kerana tidak dapat menyumbang walaupun satu mata sepanjang perlawanan di Forum Horsens, di sini setakat ini.

“Sebagai ketua pasukan, saya sedikit kecewa kerana saya tidak dapat memberikan walaupun satu mata.  Betul-betul kecewa bukan sahaja sebagai ketua pasukan bahkan pemain paling tua dalam pasukan,” katanya kepada  Bernama.

Semalam, Thinaah, yang bergandingan dengan muka baharu Ong Xin Yee, tewas  9-21, 9-21 kepada pasangan nombor 6 dunia, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dalam perlawanan kedua menentang Jepun. 

Jepun, yang merupakan juara enam kali, muncul sebagai pendahulu Kumpulan B selepas menewaskan Malaysia 4-1, sekali gus meletakkan negara di tempat kedua. 

Xin Yee-Thinaah turut tewas, 22-20, 19-21, 19-21 kepada pasangan Bengisu Ercetin–Nazlican Inci dari Turkiye pada aksi pembukaan Kumpulan B pada Sabtu lepas. 

Namun, Malaysia berjaya mencatat kemenangan ke atas Turkiye dengan keputusan 3-2.

Sementara itu, Thinaah berkata secara keseluruhan dia berbangga dengan pencapaian Malaysia di peringkat kumpulan.

“Sejujurnya, saya gembira dan bangga dengan semua rakan sepasukan…mereka benar-benar memberikan semangat sepenuhnya,” katanya.

Malaysia mengesahkan kemaraan ke suku akhir buat kali keempat dalam sejarah Piala Uber selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Afrika Selatan pada Ahad lepas.

Skuad badminton negara pernah mara ke suku akhir pada edisi 2004, 2008 dan 2010, iaitu pencapaian terbaik dalam kejohanan itu setakat ini.

Final Piala Uber 2026 yang bermula 24 April lepas akan berlangsung hingga 3 Mei ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: United makin hampir ke Liga Juara-Juara, Casemiro, Sesko tumbangkan Brentford
Next: Piala Uber: Malaysia naib juara kumpulan selepas tewas 1-4 kepada Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.