Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM500,000 MRP fasa pertama disalur kepada 32 penerima di DUN Kemena
  • Tengah
  • WILAYAH

RM500,000 MRP fasa pertama disalur kepada 32 penerima di DUN Kemena

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom menyampaikan geran MRP kepada wakil penerima pada majlis penyerahan di Bintulu.

BINTULU: Seramai 32 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena menerima peruntukan berjumlah lebih RM500,000 di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) fasa pertama tahun 2026 dengan keseluruhan kelulusan kira-kira RM1.9 juta yang akan disalurkan secara berperingkat.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, peruntukan berkenaan disasarkan kepada persatuan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta kelab-kelab tempatan bagi melaksanakan aktiviti tahunan masing-masing.

Beliau yang juga ADUN Kemena berkata, penyaluran fasa pertama itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan yang telah diluluskan dan akan diteruskan secara berperingkat mengikut kelulusan semasa.

“Peruntukan ini disalurkan bagi membantu pertubuhan di peringkat akar umbi melaksanakan program yang memberi manfaat kepada komuniti setempat,” katanya pada majlis penyerahan geran MRP fasa pertama 2026 bagi kawasan DUN Kemena di Pejabat Pertanian Bahagian Bintulu, hari ini.

Beliau turut mengingatkan penerima agar memastikan setiap perbelanjaan dibuat mengikut tujuan permohonan serta menyediakan laporan penggunaan bagi tujuan pemantauan dan ketelusan.

PARA penerima merakam gambar bersama Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom selepas majlis penyerahan peruntukan MRP fasa pertama 2026 DUN Kemena berjumlah lebih RM500,000.

Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat perlu bersiap siaga menghadapi cabaran ekonomi semasa susulan ketidaktentuan global yang turut memberi kesan kepada harga bahan api dan kos barangan.

Menurutnya, situasi tersebut menuntut masyarakat untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah serta perancangan kewangan yang lebih teratur.

Beliau menambah, walaupun berdepan tekanan kos, penyaluran MRP kekal penting dalam menyokong pelaksanaan aktiviti sosial dan kemasyarakatan di peringkat akar umbi.

Selain itu, pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jambatan menggantikan perkhidmatan feri turut memberi manfaat kepada penduduk dengan mengurangkan kos perjalanan, khususnya di kawasan luar bandar.

Kerajaan Sarawak, katanya, akan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Program Kampung Siaga APM perkasa komuniti rumah panjang hadapi bencana
Next: PGBM Bintulu disaran perkasa peranan sebagai platform tangani isu pendidikan setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.