Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persatuan Veteran Tentera Laut Sarawak tetapkan tiga fokus perkasa kebajikan
  • TEMPATAN

Persatuan Veteran Tentera Laut Sarawak tetapkan tiga fokus perkasa kebajikan

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERSATUAN Veteran Tentera Laut Sarawak tetapkan tiga fokus perkasa kebajikan. Foto Instagram fadillahyusof

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Sarawak giat memperkasa golongan veteran di negeri berkenaan melalui aspek kerjaya, keusahawanan dan kebajikan. 

Yang Dipertua PVTLDM Pegawai Waran 1 (Bersara) Unyok Dasi berkata, tiga aspek itu menjadi fokus utama persatuan bagi memastikan kebajikan dan kesinambungan hidup veteran TLDM terus terpelihara.

Perkara itu antara yang dibentangkan persatuan kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Fadillah Yusof dalam pertemuan di sini, petang semalam.

“TPM menyatakan sokongan terhadap fokus yang kami bentangkan, termasuk kebajikan isteri dan anak-anak veteran supaya mereka tidak terabai,” katanya kepada Bernama hari ini.

Unyok berkata, Fadillah turut menyokong usaha membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada veteran, khususnya dalam sektor minyak dan gas, namun mereka perlu menjalani latihan dan kursus kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran.

Beliau berkata, persatuan itu turut mencadangkan agar pengambilan baharu anggota TLDM untuk anak Sarawak ditambah dari semasa ke semasa.

Selain itu, Unyok berkata, Fadillah turut mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada persatuan bagi melaksanakan aktiviti kebajikan serta pembangunan kerjaya veteran TLDM di Sarawak. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Laksana segera projek diluluskan dengan peruntukan sedia ada
Next: Prototaip GTE KIWMP ubah sisa kepada tenaga elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.