Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 14 ADUN UMNO Negeri Sembilan hilang kepercayaan, tarik sokongan terhadap MB
  • NASIONAL

14 ADUN UMNO Negeri Sembilan hilang kepercayaan, tarik sokongan terhadap MB

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN UMNO dan BN Negeri Sembilan sebulat suara tarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

SEREMBAN: Kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Setiausaha DUN hari ini.

“Kami mahukan kerajaan yang stabil supaya dapat memainkan peranan sebaik mungkin dalam pentadbiran negeri, sekali gus dapat memberikan fokus kepada objektif mensejahterakan rakyat dan ekonomi negeri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan ADUN Pertang itu berkata pihaknya mendukung penuh serta mempertahankan Institusi Adat dan Perlembagaan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Beliau berkata UMNO dan BN negeri mengambil maklum berkenaan dengan krisis melibatkan Institusi Adat dan Perlembagaan di Negeri Sembilan serta menzahirkan duka cita serta kecewa dengan krisis yang berlaku.

Jalaluddin berkata sebagai sebuah parti yang sangat menghormati Institusi Adat dan Perlembagaan, UMNO dan BN tidak akan sesekali mengambil pendirian untuk mencampuri urusan yang berkaitan.

“Bagaimanapun, kami Exco daripada UMNO dan BN tidak pernah dimaklumkan dalam sebarang perbincangan pada peringkat kerajaan negeri dan hanya mengetahui krisis ini apabila keadaan sudah berada pada tahap kritikal sehingga menjadi perdebatan umum,” katanya.

Beliau berkata Aminuddin sewajarnya memainkan peranan dan menggunakan kebijaksanaan beliau sebagai Menteri Besar dalam krisis terbabit.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-15, BN Negeri Sembilan memenangi 14 kerusi, Pakatan Harapan pula meraih 17 kerusi, manakala Perikatan Nasional memperoleh lima kerusi.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ketegangan di Teluk berisiko merebak ke Selat Melaka
Next: ADUN Sabah digesa bincang dengan penduduk isu pampasan Pan Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.