Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perhebat usaha lestarikan alam sekitar demi masa depan sejahtera
  • SEMASA

Perhebat usaha lestarikan alam sekitar demi masa depan sejahtera

Utusan Sarawak 9 hours ago
RASMI KEMPEN...(ketiga dari kiri) Rozita diiringi Jamri melaksanakan perasmian program Mini Karnival Peduli-api Peat Fire Awareness Lawas Tahun 2026 JBPM Negeri Sarawak di Lawas.

LAWAS: Kelestarian alam sekitar perlu terus dipelihara sejak awal demi kesejahteraan generasi dan persekitaran selamat dimasa depan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mahu usaha mengekang kebakaran tanah gambut diperluas melalui sikap yang bertanggungjawab dan penglibatan seluruh masyarakat.

Beliau berkata, cabaran melibatkan pemeliharaan alam sekitar paling sukar ialah kesan daripada aktiviti pembakaran belukar yang menyumbang kepada kebakaran hutan gambut secara besar. 

TUAH BADAN...Rozita menyampaikan replika kunci motosikal elektrik kepada pemenang cabutan bertuah program Mini Karnival Peduli-api Peat Fire Awareness Lawas Tahun 2026 JBPM Negeri Sarawak di Lawas.  

“Kerjasama semua agensi amat diperlukan dalam menangani kebakaran gambut ini secara lebih efektif dan menyeluruh termasuk aspek pencegahan, pemantauan awal, penguatkuasaan serta tindakan segera apabila berlaku insiden,”katanya.

Teks ucapan Awang Tengah dibacakan oleh Timbalan Residen Bahagian Limbang, Marie Rozita Kulai yang mewakili beliau ketika merasmikan program Mini Karnival Peduli-Api Peat Fire Awareness Lawas Tahun 2026 JBPM Negeri Sarawak hari ini.

Kata Awang Tengah, kebanyakan insiden kebakaran tanah gambut berpunca daripada aktiviti manusia khususnya pembakaran terbuka yang tidak ketara.

“Oleh itu adalah amat penting untuk kita semua meningkatkan kesedaran mengubah sikap serta mengamalkan  kaedah yang lebih selamat dalam pengurusan  tanah dan sisa pertanian.

“Saya menyeru kepada seluruh masyarakat khususnya di daerah Lawas dan Bahagian Limbang amnya tanpa mengira lapisan umur agar bersama-sama memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar dengan mengalakkan sebarang bentuk pembakaran terbuka marilah kita sama-sama menjadi masyarakat yang bertanggungjawab demi kesejahteraan generasi yang akan datang,”ujarnya.

Awang Tengah turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM20,000 untuk JBPM menjalankan program kempen kesedaran kebakaran tanah gambut di Lawas.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Jamri  Masran, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 70 peratus penagih di Malaysia terlibat dadah sintetik, AADK siap sedia tangani ancaman – KP
Next: Perhimpunan tangkap Azam Baki: Letupan mercun cetus kekecohan, polis siasat pihak terlibat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.