Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PMU perkasa persekitaran PASTI Al-Wafi 2 untuk ruang pembelajaran kanak-kanak lebih ceria
  • Tengah
  • WILAYAH

PMU perkasa persekitaran PASTI Al-Wafi 2 untuk ruang pembelajaran kanak-kanak lebih ceria

Utusan Sarawak 13 hours ago
PELAJAR Politeknik Mukah bersama tenaga pengajar PASTI Al-Wafi 2 bergambar selepas program gotong-royong dan pembersihan sempena Program Green Heart CSR 4.0 di Mukah. Foto PMU

MUKAH: Usaha pelajar Politeknik Mukah (PMU) dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat terus diterjemahkan menerusi Program Green Heart CSR 4.0 di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Wafi 2, baru-baru ini.

Program yang dijalankan dengan kerjasama pihak pengurusan PASTI berkenaan memberi impak positif dalam meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan serta keselesaan persekitaran pembelajaran kanak-kanak di pusat asuhan tersebut.

Pelajar semester empat Diploma Pengajian Perniagaan PMU memberi tumpuan kepada aktiviti gotong-royong, pembersihan serta penambahbaikan kemudahan di premis berkenaan. 

AKTIVITI gotong-royong menceriakan persekitaran PASTI Al-Wafi 2 yang dilaksanakan oleh pelajar Politeknik Mukah. Foto PMU

Inisiatif itu turut menceriakan suasana pembelajaran selain mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk perkembangan kanak-kanak.

Pengarah program, Muhammad Amir Hanafi Abdul Aziz berkata, program tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, malah membantu pelajar mengasah kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan.

“Program ini memberi ruang kepada kami untuk menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti kebajikan, di samping meningkatkan kemahiran diri dalam kalangan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

AKTIVITI gotong-royong menceriakan persekitaran PASTI Al-Wafi 2 yang dilaksanakan oleh pelajar Politeknik Mukah. Foto PMU

Beliau berkata, pihaknya berharap usaha kecil itu dapat memberi semangat kepada kanak-kanak di PASTI untuk terus belajar dengan lebih bersungguh-sungguh demi masa depan yang lebih cerah.

Sementara itu, salah seorang peserta program, Bob Zafran Zohan Affandi berkata, aktiviti yang dijalankan diharap dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan menyeronokkan kepada kanak-kanak.

Pensyarah pengiring, Siti Khadijah Sebli Joney pula menyifatkan program berkenaan sebagai platform terbaik dalam membentuk sahsiah dan nilai kemanusiaan dalam kalangan pelajar.

Pengerusi PASTI Al-Wafi 2 turut merakamkan penghargaan kepada pihak PMU atas sumbangan yang diberikan, yang bukan sahaja menceriakan persekitaran pusat asuhan itu malah meningkatkan keselesaan kanak-kanak yang mengikuti pembelajaran di situ.

Secara keseluruhannya, Program Green Heart CSR 4.0 dilihat sebagai inisiatif yang memberi manfaat besar kepada komuniti setempat serta mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan masyarakat.

Oleh Adele Rissa

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek Tebingan Seblak diperluas ke satu kilometer, kos meningkat RM59 juta
Next: Program Komuniti Batang Ai satukan agensi, penduduk nikmati pelbagai perkhidmatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.