Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tengah
  • ADUN Kalaka desak sambungan elektrik projek PPRS Saratok dipercepatkan
  • Tengah

ADUN Kalaka desak sambungan elektrik projek PPRS Saratok dipercepatkan

Utusan Sarawak 9 hours ago
MOHAMAD Duri menghadiri Mesyuarat Isu Pelaksanaan Projek PPRS Daerah Saratok di Pejabat Daerah Saratok, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Isu kelewatan penyambungan bekalan elektrik kepada penerima projek Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di Daerah Saratok perlu ditangani segera bagi memastikan penduduk dapat mendiami rumah yang telah siap dengan selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, beberapa isu dan masalah berkaitan pelaksanaan projek itu telah dikenal pasti serta dibincangkan bersama agensi terlibat.

Menurut beliau, tindakan khusus perlu diambil bagi mempercepat proses penyambungan bekalan elektrik kepada semua penerima projek PPRS yang masih menunggu.

Katanya, kontraktor yang dilantik mesti segera menghantar permohonan bagi pengeluaran caj sambungan bil kepada pihak Sarawak Energy Berhad untuk penyambungan talian perkhidmatan.

Selain itu, kontraktor ATT juga perlu memastikan semua dokumen lengkap dikemukakan secara dalam talian kepada pihak utiliti bagi urusan pemasangan meter dan bekalan elektrik supaya tiada kelewatan berlaku.

MOHAMAD Duri menghadiri Mesyuarat Isu Pelaksanaan Projek PPRS Daerah Saratok di Pejabat Daerah Saratok, semalam. Foto ADUN Kalaka

Mohamad Duri berkata, beliau turut membawa beberapa isu rakyat kepada pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) termasuk masalah tekanan air rendah di Kampung Kupang.

Menurutnya, pihak JBALB telah mengambil tindakan segera dengan membaiki paip bocor dan bekalan air ke kampung berkenaan dijangka pulih dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Isu Pelaksanaan Projek PPRS Daerah Saratok yang dipengerusikan Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid di Pejabat Daerah Saratok, semalam.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah ADUN Krian, Friday Belik bersama wakil daripada Pusat GiatMARA Saratok, JBALB, JKR, SEB dan Pejabat Daerah Saratok.

Mohamad Duri merakamkan penghargaan kepada Pegawai Daerah Saratok kerana menganjurkan mesyuarat berkenaan, sambil menegaskan projek PPRS amat penting dalam membantu rakyat memiliki rumah sendiri dan menikmati kehidupan lebih selesa.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM760,000 laksana enam projek RTP di DUN Kabong telah siap
Next: MPS memperkukuhkan keselamatan pelajar, tambah suar lintasan di sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.