Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tengah
  • Peruntukan RM760,000 laksana enam projek RTP di DUN Kabong telah siap
  • Tengah

Peruntukan RM760,000 laksana enam projek RTP di DUN Kabong telah siap

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir menghadiri Program Serah Projek Siap bagi beberapa projek RTP yang dilaksanakan di sekitar kawasan DUN Kabong semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Peruntukan berjumlah RM760,000 disalurkan bagi melaksanakan enam projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong yang kini siap sepenuhnya dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek berkenaan membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasa.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Serah Projek Siap bagi beberapa projek RTP yang dilaksanakan di sekitar kawasan DUN Kabong, di sini hari ini. Program penyerahan itu melibatkan kawasan Ulu Roban, Gerigat, Nyabor, Alit, Kabong dan Tanjung Empiong.

Menurut beliau, kehadirannya ke lokasi projek merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan setiap pembangunan yang dirancang berjalan lancar serta benar-benar memberi manfaat kepada penduduk setempat.

DATO Mohd Chee Kadir menghadiri Program Serah Projek Siap bagi beberapa projek RTP yang dilaksanakan di sekitar kawasan DUN Kabong semalam. Foto ADUN Kabong

Dalam lawatan itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada agensi pelaksana serta kontraktor yang dilantik kerana berjaya menyiapkan projek mengikut jadual ditetapkan.

Antara projek yang telah siap ialah naik taraf Dewan Terbuka Rumah Nyandang di Ulu Roban dengan kos RM100,000 yang siap pada 23 Februari 2026.

Turut diserah ialah projek naik taraf Masjid Ar-Rahim bernilai RM150,000 yang siap pada 29 Disember 2025.

Selain itu, pembinaan baharu pangkalan bot nelayan di Sungai Peruntung, Nyabor bernilai RM250,000 turut memberi manfaat besar kepada komuniti nelayan setempat selepas siap pada 23 Februari 2026.

Dua lagi projek melibatkan naik taraf Masjid Lama Kampung Alit Kabong serta Surau An-Nur Rahman Metang Disa, masing-masing bernilai RM100,000 dan siap pada 21 April lalu.

DATO Mohd Chee Kadir menghadiri Program Serah Projek Siap bagi beberapa projek RTP yang dilaksanakan di sekitar kawasan DUN Kabong semalam. Foto ADUN Kabong

Sementara itu, projek naik taraf Rumah Serbaguna Skim Kelapa Tanjung Empiong bernilai RM60,000 yang siap pada 20 Mac 2026 turut meningkatkan keselesaan penduduk bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Keseluruhan pelaksanaan enam projek ini membuktikan usaha konsisten kerajaan dalam menyediakan kemudahan yang lebih selesa, selamat, dan kondusif demi meningkatkan kualiti hidup masyarakat di kawasan luar bandar, khususnya di Kabong.

Turut hadir pada program berkenaan ialah wakil Pejabat Daerah Kabong, Ahmad Sabree Yunus, Penolong Jurutera Awam JKR Saratok, Muhammad Khairil Nidzam Hamidon serta para kontraktor yang terlibat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pekebun kecil Bukit Begunan diperkasa menerusi pertanian mampan dan iklim pintar
Next: ADUN Kalaka desak sambungan elektrik projek PPRS Saratok dipercepatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.