Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kesedaran penjagaan alam sekitar diperkukuh melalui penyertaan belia
  • PENDIDIKAN

Kesedaran penjagaan alam sekitar diperkukuh melalui penyertaan belia

Utusan Sarawak 10 hours ago
QAISH bergambar bersama rakan-rakannya yang menyertai aktiviti model pertandingan teknologi hijau di Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Sarawak 2026.

SARlKEI: Usaha melahirkan generasi muda yang lebih peka terhadap isu kelestarian alam sekitar diperkukuh melalui penganjuran Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Sarawak 2026.

Program tersebut menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran golongan belia terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran selain menggalakkan penglibatan mereka secara langsung dalam aktiviti berteraskan pemeliharaan alam sekitar.

Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan sepanjang program tersebut termasuk aktiviti kesedaran alam sekitar, gotong-royong komuniti dan perkongsian maklumat berkaitan kepentingan amalan gaya hidup mesra alam dalam kalangan masyarakat.

Penganjuran program turut membuka ruang kepada belia untuk memahami peranan mereka sebagai agen perubahan dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih, selamat dan terpelihara untuk generasi akan datang.

Seorang peserta, Qaish Syahmie, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sarikei Baru, berkata program seperti itu mampu meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian.

QAISH Syahmie.

“Kesan yang terdapat dalam program ini untuk hari-hari selanjutnya ialah masyarakat menjadi lebih cakna akan kepentingan alam sekitar dalam kehidupan kerana pada hari ini, ramai orang yang memandang remeh tentang alam sekitar dan membuat hal-hal negatif seperti membuang sampah dengan suka hati, membuang sampah ke dalam sungai dan sebagainya.

“Melalui program ini, kita dapat kesan positif yang akan melahirkan lebih ramai orang yang mengambil berat tentang alam sekitar,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak di program tersebut bertempat di Taman Lalulintas MDS, Kampung Seberang Sarikei, hari ini.

Katanya, penyertaan dalam program tersebut memberi peluang kepada golongan belia memahami kepentingan memelihara alam sekitar secara berterusan melalui amalan harian yang lebih bertanggungjawab.

“Nasihat saya kepada rakan-rakan belia, marilah kita bersama-sama menjaga alam sekitar supaya suasana kehidupan kita menjadi lebih harmoni dan sejahtera,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan teliti pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam – PM Anwar
Next: Program Rakan Bumi tingkat kesedaran belia terhadap kelestarian alam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.