Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sarawak Metro peroleh spektrum frekuensi swasta untuk projek KUTS
  • TEKNOLOGI

Sarawak Metro peroleh spektrum frekuensi swasta untuk projek KUTS

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa(kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Dr. Ahmad Nasruddin ’Atiqullah Fakrullah semasa kunjungan hormat tersebut.

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) mencatat sejarah apabila berjaya memperoleh spektrum frekuensi swasta daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi sistem komunikasi projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Pencapaian ini menjadikan Sarawak Metro organisasi pertama di Malaysia dalam industri rel dan pengangkutan awam yang mendapat spektrum frekuensi khas bagi mengendalikan sistem komunikasi tanpa wayar yang merupakan komponen penting kepada operasi kenderaan Autonomi Rapid Transit (ART).

Spektrum yang diperoleh adalah Sistem Komunikasi Mudah Alih Kereta Api Masa Depan (FRMCS), iaitu standard komunikasi tanpa wayar rel generasi baharu di peringkat global yang menawarkan perkhidmatan digital lebih efisien, tahap keselamatan lebih tinggi serta keupayaan penghantaran data berkapasiti besar.

 KETUA Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa(tengah) bergambar bersama Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Dr. Ahmad Nasruddin ’Atiqullah Fakrullah (kiri ke-7) semasa kunjungan hormat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa berkata, penggunaan teknologi masa hadapan amat penting khususnya dalam memastikan evolusi FRMCS dapat dilaksanakan secara menyeluruh pada masa akan datang.

“Ini membawa kita lebih hampir kepada pelaksanaan sistem komunikasi yang sangat boleh dipercayai dan efisien untuk projek KUTS. Dengan FRMCS bagi sistem ART, kita juga dapat memastikan ia selaras dengan hala tuju kawal selia MCMC serta perancangan dan peruntukan spektrum masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Sarawak Metro telah berjaya melaksanakan ujian langsung Sistem Telekomunikasi Radio (RTS) yang berasaskan seni bina FRMCS pada Oktober 2024.

Dalam pada itu, semasa kunjungan hormat ke ibu pejabat MCMC di Cyberjaya, Mazli merakamkan penghargaan kepada pihak MCMC atas sokongan dalam memperkasa usaha pendigitalan sektor pengangkutan awam di Sarawak.

“Pada masa akan datang, kita berharap dapat terus memperkukuh kerjasama dengan semua pihak industri khususnya MCMC. Ia penting bagi memastikan penyelarasan, perkongsian pengetahuan serta pembangunan ekosistem yang mampan,” katanya.

Mazli turut disambut oleh Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Dr. Ahmad Nasruddin ’Atiqullah Fakrullah bersama pegawai-pegawai MCMC dalam sesi kunjungan tersebut sebagai tanda penghargaan atas kelulusan dan peruntukan jalur lebar berkenaan.

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Sarawak cipta sejarah, laksana program saringan kanak-kanak berasaskan AI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.