Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak jadi tapak awal program reka bentuk cip MYChipStart
  • TEMPATAN

Sarawak jadi tapak awal program reka bentuk cip MYChipStart

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif Semikonduktor SMD, Shariman Jamil menyampaikan ucapan mengenai keperluan merapatkan jurang inovasi industri semikonduktor.

KUCHING: Sarawak dipilih sebagai antara lokasi awal pelaksanaan Program MYChipStart, satu inisiatif nasional bagi memperkukuh ekosistem reka bentuk litar bersepadu (IC) dengan menyediakan akses kepada pembiayaan, teknologi serta pembangunan bakat tempatan.

Inisiatif itu diketengahkan menerusi MYChipStart Jelajah Wilayah Sarawak anjuran Pusat Penyelidikan Kolaboratif dalam Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (CREST) dengan kerjasama Semikonduktor SMD, yang menghimpunkan pemain industri, ahli akademik, syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

Ketua Pegawai Eksekutif Semikonduktor SMD, Shariman Jamil berkata industri semikonduktor kini berdepan jurang inovasi apabila syarikat besar semakin berhati-hati dalam pelaburan berisiko, sekali gus membuka ruang kepada pemain baharu.

“Jurang inovasi semakin ketara apabila syarikat besar kurang mengambil risiko, menyebabkan inovasi menjadi perlahan. Kita memerlukan lebih banyak ‘pencetus inovasi’ dalam kalangan syarikat pemula dan jurutera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata MYChipStart diwujudkan sebagai platform untuk menghubungkan syarikat pemula dan jurutera dengan akses kepada reka bentuk cip, pembangunan prototaip serta laluan pengkomersialan.

PESERTA menghadiri MYChipStart Jelajah Wilayah Sarawak di Kuching yang memperkenalkan akses pembiayaan, teknologi reka bentuk cip dan sokongan prototaip.

Sementara itu, Pengarah Program Pembangunan Pasaran dan Industri CREST, Dr Muslim Mustapa berkata fokus utama program adalah memastikan idea dapat diterjemahkan kepada produk yang boleh dipasarkan melalui sokongan teknikal serta akses kepada infrastruktur semikonduktor.

Menurut beliau, Sarawak mempunyai potensi untuk berkembang sebagai sebahagian daripada rantaian nilai industri semikonduktor negara sekiranya bakat tempatan terus diperkasa dengan laluan pembangunan yang jelas.

Program MYChipStart yang berlangsung dari 2026 hingga 2030 itu menawarkan sokongan termasuk pembiayaan sehingga 50 peratus kos projek, insentif pengambilan graduan baharu, akses kepada perisian reka bentuk litar bersepadu (IC), kemudahan fabrikasi prototaip serta sokongan pengujian dan pensijilan.

Permohonan bagi Kohort 1 kini dibuka sehingga 30 April 2026 dan boleh dibuat melalui https://crest.my/mychipstart.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dua sarang buaya ditemui di Tanjung Tuang, 109 anak dan telur dipindahkan
Next: Pembantu khas cedera selepas terjatuh di Pasar Basah Sungai Maong, gesa pemeriksaan keselamatan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.