KUCHING: Empat perkara yang ditetapkan mengikut negeri sebagai hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan ditekankan sebagai perkara yang tidak boleh dirunding.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, beliau menekankan mengenai pendirian kukuh Kerajaan Sarawak mengenai empat perkara yang tidak dapat dirunding.
“Dalam rundingan yang sedang berlangsung antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, saya ingin menekankan mengenai pendirian kukuh Kerajaan Sarawak mengenai empat perkara ini tidak dapat dirunding.
“Empat perkara yang tidak dapat dirunding ialah hak imigresen negeri, hak Negari untuk kuasa percukaian seperti pengenaan Cukai Jualan Negeri, cukai pelabuhan, dan undang-undang negeri lain, perlindungan hak Negara di dalam Rak Continental, dan kedaulatan negari atas kawasan laut dan kawasan tanah,” jelasnya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh beliau dalam ucapannya semasa Mesyuarat pertama Majlis Khas MA63 melalui sidang video yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Tambah beliau, perkara-perkara tersebut tidak akan dibuka untuk rundingan.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion, Menteri Muda Perundangan, Hubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pemangku Peguam Negara, Saferi Ali.
Oleh RYNNA SHA’ERRA MINDEW