Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pembelajaran bahasa Cina, Tamil di PPKI SJKC, SJKT bermula tahun depan
  • PENDIDIKAN

Pembelajaran bahasa Cina, Tamil di PPKI SJKC, SJKT bermula tahun depan

Utusan Sarawak 11 hours ago
TIMBALAN Menteri Pendidikan Wong Kah Woh. Foto Bernama

ALOR GAJAH: Pembelajaran bahasa Cina dan Tamil akan diperkenalkan kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bermula tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata langkah itu sebahagian daripada Kurikulum Persekolahan 2027 iaitu kurikulum kebangsaan baharu yang dilancarkan Kementerian Pendidikan bagi memperkasakan pendidikan karakter, kemahiran literasi dan numerasi.

“Ini amat penting kerana bagi pelajar PPKI, ada mempunyai progres yang baik mereka boleh masuk ke kelas aliran perdana dengan mereka perlu mempunyai kemahiran ataupun pengetahuan untuk menguasai bahasa ibunda sendiri dalam pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Simposium Kepimpinan Digital Guru Besar SJKT Malaysia ke Arah Reformasi Pendidikan MADANI 2026 di sini malam tadi.

Simposium tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat, akan disertai kira-kira 470 guru besar dari SJKT seluruh negara.

Dalam pada itu, Wong berkata sebanyak 140 SJKT yang mempunyai 30 pelajar akan dibekalkan dengan televisyen pintar pada tahun ini.

Beliau berkata ia susulan pemberian peranti sama kepada 387 SJKT menerusi peruntukan disalurkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) pada tahun lepas.- Bernama

Continue Reading

Previous: JKR Sarawak cadang iktiraf graduan Swinburne, buka peluang latihan industri
Next: Pelajar luar bandar buktikan kemampuan dalam robotik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.