
PADAM…Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran belukar di Bukit Kanada Miri hari ini. Foto BBP Lopeng.
MIRI: Pasukan bomba mengambil masa lebih dua jam untuk memadam kebakaran belukar yang melibatkan kawasan Bukit Kanada di sini, hari ini.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng menerima panggilan kecemasan sekitar 11.12 pagi berhubung kebakaran tersebut.
Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan kawasan belukar dengan anggaran keluasan kira-kira 1.21 hektar.


PADAM…Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran belukar di Bukit Kanada Miri hari ini. Foto BBP Lopeng.
Anggota bomba menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran hos sepanjang 400 kaki dengan satu nozel serta sumber air daripada pam jentera.
Kebakaran berjaya dikawal pada 12.50 tengah hari sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.35 petang selepas memastikan keadaan benar-benar selamat.
Operasi tersebut turut dibantu dua anggota polis serta wakil Majlis Bandaraya Miri (MBM).
Oleh Liong Chai Ling