Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laluan sekitar Stadium Miri ditutup sementara sempena Jalan Santai SKS 2026
  • Utara
  • WILAYAH

Laluan sekitar Stadium Miri ditutup sementara sempena Jalan Santai SKS 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITUTUP SEMENTARA…Beberapa laluan utama di pusat bandar akan ditutup dan dilencongkan sementara bagi memberi laluan kepada acara Jalan Santai sempena Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Miri yang dijadual berlangsung, Ahad ini.

MIRI: Beberapa laluan utama di pusat bandar akan ditutup dan dilencongkan sementara bagi memberi laluan kepada acara Jalan Santai sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Miri yang dijadual berlangsung Ahad ini (26 April).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, penutupan dan lencongan jalan akan bermula seawal 6.30 pagi dan dijangka tamat sekitar 9.00 pagi melibatkan beberapa jalan utama di sekitar bandar.

Menurut beliau, antara laluan yang terlibat termasuk Jalan Bintang, Bulatan Kipas, Jalan Kipas, Jalan Sylvia, Jalan Merbau, Jalan North Yu Seng serta beberapa simpang utama di sepanjang laluan berkenaan

“Acara ini akan bermula dan berakhir di Stadium Terbuka Miri, dan sepanjang tempoh tersebut pihak trafik akan melaksanakan kawalan serta lencongan bagi memastikan kelancaran program,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah beliau, tiada penutupan jalan dilaksanakan sepanjang program utama SKS 2026 yang berlangsung dari Jumaat hingga Ahad ini (24 hingga 26 April), kecuali ketika acara Jalan Santai berkenaan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Krokop, Jalan Jee Foh dan Jalan Pujut bagi mengelakkan kesesakan.

Orang ramai yang menghadiri program turut digalakkan meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang disediakan seperti di Boulevard dan Pelita Tunku, selain kemudahan bas transit percuma turut disediakan ke lokasi acara.

Dalam pada itu, polis turut menggesa kerjasama semua pihak agar mematuhi arahan petugas trafik bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang program berlangsung.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Sokongan kepada GPS penting demi pembangunan berterusan – Gerawat
Next: Polis siasat dua kemalangan lori simen libat syarikat sama di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.