Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sokongan kepada GPS penting demi pembangunan berterusan – Gerawat
  • Utara
  • WILAYAH

Sokongan kepada GPS penting demi pembangunan berterusan – Gerawat

Utusan Sarawak 9 hours ago
     DATUK Gerawat Gala menyempurnakan upacara perasmian tempat letak kereta di Rh Lalo Melikat Selejau. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, menggesa rakyat di kawasan Poyut dan Lubok Nibong agar terus mempertahankan kedudukan sebagai kubu kuat Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata, sokongan berterusan rakyat penting memandangkan kerajaan GPS telah terbukti berupaya menjaga kebajikan serta memacu pembangunan negeri.

Menurutnya, pihak lain tidak mempunyai keupayaan sama untuk membawa pembangunan dan hanya menabur janji tanpa pelaksanaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Lalo, Melikat Selejau serta Rumah Gawong, Sungai Selajau Asal, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Gerawat menegaskan lawatan ke kedua-dua rumah panjang berkenaan penting bagi memastikan keperluan rakyat di peringkat akar umbi sentiasa diberi perhatian, selain menilai sendiri perkembangan projek yang dirancang demi kesejahteraan penduduk setempat.

Beliau berkata, pembangunan berkesan tidak seharusnya tertumpu di kawasan bandar semata-mata, sebaliknya perlu dinikmati penduduk di rumah panjang dan kawasan pedalaman.

“Sebab itu kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari komited membawa pembangunan secara menyeluruh, adil dan inklusif kepada semua rakyat tanpa mengira lokasi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan mengenai peningkatan bantuan melalui Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

SIMBOLIK…Datuk Gerawat Gala memotong riben tanda perasmian pintu gerbang Rh Gawong Sg Selejau Asal. Foto Jiku Juguong

Katanya, kenaikan bantuan tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya mereka yang memerlukan sokongan tambahan.

Selain itu, kerajaan negeri juga menyediakan pelbagai bentuk bantuan lain termasuk bantuan kebajikan, perumahan, program peningkatan ekonomi isi rumah, sokongan kepada usahawan kecil, bantuan pertanian serta inisiatif pembangunan luar bandar.

“Semua ini dilaksanakan agar rakyat dapat menikmati hasil kemajuan negeri secara bersama dan tiada yang tercicir daripada arus pembangunan,” katanya.

Dalam aspek pendidikan, Gerawat berkata kerajaan Sarawak telah mengambil langkah progresif dengan menyediakan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

Menurutnya, inisiatif itu merupakan pelaburan besar demi masa depan generasi muda agar mereka berpeluang melanjutkan pelajaran tanpa dibebani masalah kewangan.

Beliau menegaskan pendidikan merupakan kunci utama untuk mengubah taraf hidup keluarga, khususnya bagi masyarakat luar bandar yang perlu diberi peluang sama seperti di bandar.

Dengan adanya pendidikan percuma, beliau berharap lebih ramai anak muda di kawasan Poyut dan Lubok Nibong tampil mengejar cita-cita serta menjadi generasi penerus yang berjaya.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM15,000 bagi kerja baik pulih rumah serbaguna di Rumah Lalo, RM3,000 untuk pembelian peralatan rumah serbaguna SIDS Rumah Gawong serta RM30,000 bagi pemasangan jubin di ruai bahagian belakang rumah panjang berkenaan.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Pertandingan lampu berhias eratkan hubungan komuniti kampung
Next: Laluan sekitar Stadium Miri ditutup sementara sempena Jalan Santai SKS 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.