Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut digilis lori simen di Sibu
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut digilis lori simen di Sibu

Utusan Sarawak 7 hours ago
MAUT… Pasukan bomba membantu pihak polis mengeluarkan mangsa menggunakan penyusung sebelum mayat diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Foto PGO

SIBU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.10 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori simen, dengan mangsa, seorang penunggang motosikal lelaki dewasa, didapati berada di bawah kenderaan berat itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pasukan bomba bertindak membantu pihak polis mengeluarkan mangsa menggunakan penyusung sebelum mayat diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu kereta cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Babai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.