Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • D4vd didakwa bunuh teman wanita remaja, sorok mayat dalam Tesla
  • HIBURAN

D4vd didakwa bunuh teman wanita remaja, sorok mayat dalam Tesla

Utusan Sarawak 9 hours ago
PEGUAM bela Blair Berk (kiri) dan Marilyn Bednarski (kanan) bercakap semasa proses pertuduhan d4vd berhubung kes pembunuhan Celeste Rivas Hernandez di Pusat Keadilan Jenayah Clara Shortridge Foltz pada 20 April 2026 di Los Angeles, California. Foto AFP

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Penyanyi D4vd didakwa atas pertuduhan membunuh serta memotong anggota badan teman wanitanya yang masih remaja, apabila mayat mangsa yang telah mereput ditemukan dalam sebuah Tesla yang ditinggalkan di kawasan Hollywood Hills.

Lelaki berusia 21 tahun itu, yang nama sebenarnya David Anthony Burke, berdepan dengan kemungkinan hukuman mati berhubung kematian tragis Celeste Rivas Hernandez, yang mayatnya ditemukan pada bulan September, hanya beberapa hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-15.

“Celeste hanyalah seorang kanak-kanak berusia di bawah 14 tahun ketika David Burke didakwa melakukan hubungan seksual berulang yang tidak senonoh dengannya,” kata Peguam Daerah Los Angeles, Nathan Hochman.

“Apabila mangsa mengancam untuk mendedahkan perbuatan jenayah tersebut yang boleh menjejaskan kerjaya muziknya, Burke didakwa membunuh mangsa, memotong anggota badannya dan memasukkannya ke dalam dua beg yang diletakkan di bahagian hadapan kenderaan miliknya.”

TIMBALAN Peguam Daerah Beth Silverman (tengah, memakai cermin mata hitam) tiba di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles bagi prosiding pertuduhan penyanyi Amerika Syarikat D4vd di Los Angeles pada 20 April 2026. Foto AFP

Hochman berkata, mayat Celeste yang telah dicacatkan itu dibiarkan mereput selama empat bulan sebelum ditemukan.

“Pembunuhan yang ngeri dan kejam ini, didakwa dilakukan oleh seorang pemangsa seksual, amat mengejutkan dan menjijikkan. Kepada keluarga Celeste, kami akan memastikan keadilan ditegakkan seperti yang diharapkan dan sewajarnya.”

Burke mula dikenali di internet pada 2022 apabila lagunya Romantic Homicide tular di platform TikTok.

Ketika kejadian, beliau sedang menjalani jelajah nasional, detektif dipanggil ke sebuah pusat tunda di Hollywood berikutan aduan penduduk setempat mengenai bau busuk yang berpunca daripada sebuah kenderaan yang ditahan.

Kenderaan Tesla tersebut, yang didaftarkan atas nama Burke di Texas, diletakkan di tepi jalan di kawasan mewah Hollywood Hills selama kira-kira sebulan sebelum ditunda.

Walau bagaimanapun, pihak penyiasat percaya bahawa mayat Celeste mungkin telah berada di bahagian hadapan kenderaan tersebut untuk tempoh yang lebih lama.

“Keadaan mayat mangsa telah melambatkan keupayaan pemeriksa perubatan untuk menentukan punca kematian,” kata Ketua Polis Los Angeles, Jim McDonnell, pada satu sidang media.

SEBUAH potret mendiang Celeste Rivas Hernandez dipaparkan semasa sidang media oleh Peguam Daerah Los Angeles, Nathan J. Hochman (di luar bingkai), berhubung kes terhadap penyanyi D4vd di Los Angeles pada 20 April 2026. Foto AFP

“Tempoh masa yang panjang antara kematian dan penemuan menyebabkan bukti penting telah rosak atau hilang.”

Burke berdepan satu pertuduhan membunuh, penderaan seksual berterusan terhadap kanak-kanak di bawah usia 14 tahun, serta perbuatan mencacatkan mayat secara menyalahi undang-undang.

Seorang peguam telah mengemukakan pengakuan tidak bersalah bagi pihaknya dalam satu prosiding mahkamah ringkas di Los Angeles pada hari Isnin.

Burke diarahkan untuk hadir semula ke mahkamah pada Khamis dan kini masih dalam tahanan.

Peguam artis tersebut pada minggu lalu menafikan bahawa anak guam mereka telah membunuh remaja berkenaan.

“Perlu ditegaskan bahawa bukti sebenar dalam kes ini akan menunjukkan bahawa David Burke tidak membunuh Celeste Rivas Hernandez dan bukan punca kematiannya,” menurut kenyataan peguam Blair Berk, Marilyn Bednarski dan Regina Peter.

“Kami akan mempertahankan ketidakbersalahan David secara bersungguh-sungguh.”

Celeste, yang tinggal di Lake Elsinore di timur Los Angeles, dilaporkan hilang oleh ibunya pada 2024 ketika berusia 13 tahun.

Ibunya memaklumkan kepada wartawan bahawa anaknya mempunyai seorang teman lelaki bernama David.

Rakaman video menunjukkan Burke mempunyai tatu pada salah satu jarinya yang sepadan dengan tatu bertulis “Shhh” pada jari telunjuk Celeste, seperti yang sebelum ini didedahkan oleh pemeriksa perubatan Daerah Los Angeles.

Pasangan tersebut juga pernah dilihat bersama di laman penstriman. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Ailee terima beg Hermès RM41,000 daripada suami selepas gagal IVF pertama
Next: Malam penghormatan buat Sharifah Aini di DFP 6 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.