Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sistem parkir perlu diperbaiki segera – Michael Kong
  • WILAYAH

Sistem parkir perlu diperbaiki segera – Michael Kong

Utusan Sarawak 21 hours ago
KESILAPAN berulang dalam sistem parkir ‘Pay and Go’ di sini yang didakwa mengenakan caj tidak tepat kepada orang awam di Kuching.

KUCHING: Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Michael Kong Feng Nian membangkitkan kebimbangan berhubung kesilapan berulang dalam sistem parkir ‘Pay and Go’ di sini yang didakwa mengenakan caj tidak tepat kepada orang awam.

Beliau berkata beberapa aduan diterima daripada individu yang telah membayar pas bulanan yang sepatutnya membolehkan mereka meletakkan kenderaan di kawasan ditetapkan berhampiran tempat kerja.

“Walaupun mempunyai pas yang sah, mereka masih dikenakan caj oleh sistem secara tidak tepat,” katanya.

Beliau berkata, bagi pengguna yang tidak berdaftar di bawah sistem Elderly Easy Payment (EEP) sistem berkenaan menganggap tiada bayaran parkir dibuat sekali gus menyebabkan kompaun dikeluarkan.

KESILAPAN berulang dalam sistem parkir ‘Pay and Go’ di sini yang didakwa mengenakan caj tidak tepat kepada orang awam di Kuching.

“Lebih membimbangkan ialah kes melibatkan pengguna EEP, apabila caj ditolak secara automatik daripada akaun mereka tanpa pengetahuan. Ini bermakna ramai mungkin telah dikenakan caj secara salah tanpa menyedarinya,” katanya.

Kong menyifatkan keadaan tersebut, tidak boleh diterima dan menegaskan sistem yang bertujuan meningkatkan kecekapan serta kemudahan tidak sepatutnya menghukum pengguna yang mematuhi peraturan.

“Saya menggesa Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) agar segera menyiasat perkara ini serta melaksanakan langkah perlindungan bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa mengenal pasti semua pengguna terjejas dan memastikan bayaran balik dibuat segera.

“Ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan sistem ini perlu dipertingkatkan. Orang awam tidak seharusnya dibebankan untuk sentiasa menyemak sama ada mereka dikenakan caj secara salah,” tambahnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Paras air mentah rendah di Loji Rawatan Air Trusan jejaskan bekalan di Lawas
Next: Semarak budaya membaca menerusi Jom Baca Bersama 10 Minit Khamis ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.