Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapangan terbang Arab Saudi muktamadkan persediaan musim haji 1447 Hijrah
  • GLOBAL

Lapangan terbang Arab Saudi muktamadkan persediaan musim haji 1447 Hijrah

Utusan Sarawak 14 hours ago
LAPANGAN terbang Arab Saudi muktamadkan persediaan musim haji 1447 Hijrah. Gambar hiasan. Foto agensi

RIYADH: Lapangan terbang Arab Saudi menyelesaikan persiapan untuk menerima jemaah haji bagi musim haji 1447H menerusi pelan bersepadu bagi memudahkan perjalanan mereka dari ketibaan hingga berlepas, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Persiapan itu melibatkan enam lapangan terbang antarabangsa utama yang ditetapkan oleh MATARAT Holding, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz di Madinah, Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Lapangan Terbang Antarabangsa Taif dan Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Abdulmohsin bin Abdulaziz di Yanbu.

Pelan itu merangkumi 13 terminal khas untuk jemaah haji serta lebih 22,000 petugas lelaki dan wanita bagi memastikan kelancaran prosedur dan pergerakan di lapangan terbang.

Ia turut merangkumi perkhidmatan khusus bagi memudahkan perjalanan, seperti perkhidmatan ‘Haji Tanpa Bagasi’ yang membolehkan daftar masuk bagasi dilakukan dari tempat penginapan, serta penghantaran awal botol air zamzam bagi mengurangkan beban perjalanan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kebakaran di kilang mercun di India ragut sekurang-kurangnya 20 nyawa
Next: Seludup 200 kilogram kokain, lelaki Australia didakwa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.