Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • “Masa depan Sarawak ditentukan anak Sarawak” – Abang Johari
  • SEMASA

“Masa depan Sarawak ditentukan anak Sarawak” – Abang Johari

Utusan Sarawak 20 hours ago
AMANAT… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada penangguhan Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Masa depan Sarawak hanya boleh ditentukan oleh rakyat negeri ini sendiri kerana hanya anak Sarawak memahami budaya, realiti serta landskap politik tempatan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan bahawa walaupun Sarawak mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan pihak luar, prinsip menghormati autonomi negeri perlu sentiasa dipelihara.

“Masa depan Sarawak hanya ditentukan anak Sarawak kerana hanya kita yang faham budaya dan politik kita.

“Hubungan antara Sarawak dan pihak luar termasuk parti politik dari luar negeri perlu kekal dalam semangat kerjasama dan persaudaraan, tanpa mencampuri urusan dalaman negeri ini.

“Kita bersaudara dan ada kerjasama yang baik, tapi jangan kacau keluarga Sarawak,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penangguhan Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS), di sini, hari ini.

Tambah beliau, kekuatan ekonomi Sarawak juga memberi kesan langsung kepada kekuatan ekonomi Malaysia secara keseluruhan kerana hasil negeri ini turut menyumbang kepada kerajaan Persekutuan.

“Kalau Sarawak maju, Malaysia maju. Kalau ekonomi Sarawak kuat, Malaysia kuat sebab cukai pergi ke kerajaan pusat.

“Sarawak tidak akan berpecah daripada Malaysia, sebaliknya terus kekal dalam kerangka persekutuan berdasarkan perjanjian yang telah dimeterai.

“Kalau pecah, Malaysia akan pecah. Kita jaga Malaysia, kita juga jaga Sarawak,” jelasnya.

Mengulas mengenai pilihan raya, Abang Johari berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meletakkan calon di semua kawasan bertanding kerana gabungan itu diyakini mampu menguruskan kepentingan negeri dengan baik.

“Saya tak tahu bila pilihan raya, tapi GPS akan letak calon di semua kawasan bertanding kerana GPS sahaja yang boleh mengurus hal Sarawak,” tambahnya.

Beliau turut menolak tanggapan bahawa Sarawak sebagai ‘king maker’, sebaliknya menegaskan pendirian negeri ini adalah untuk menyumbang kepada kestabilan negara.

“Kita sayang Malaysia. Dulu orang kata kita ‘king maker’, tapi bukan. Kita sayang Malaysia.

“Namun begitu, hak Sarawak tetap perlu dihormati selaras dengan perjanjian yang telah dipersetujui bersama dalam kerangka Malaysia.

“Kita bukan tamak, kita nak kongsi. Dalam keluarga besar kita berjuang bersama, tapi hak Sarawak tetap hak Sarawak,” tegas beliau.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kru AMAL: Bukan sekadar tugas di awan, peneman setia tetamu Allah
Next: Peserta Konvensyen GPS 2026 zahir keyakinan, manfaatkan perkongsian ilmu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.