Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PDP sedia hadapi PRN, perpaduan dalam GPS jadi kekuatan utama
  • SEMASA

PDP sedia hadapi PRN, perpaduan dalam GPS jadi kekuatan utama

Utusan Sarawak 12 hours ago
PRESIDEN PDP, Dato Sri Tiong King Sing, ditemui media selepas menghadiri Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

KUCHING: Parti Demokratik Progresif (PDP) sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), dengan kekuatan utama terletak pada perpaduan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Presidennya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, kesiapsiagaan parti bukan satu isu memandangkan jentera sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Menurutnya, semangat kebersamaan dalam GPS menjadi faktor penting yang akan memastikan gabungan itu terus kukuh menghadapi sebarang cabaran politik.

“Parti kita bila-bila masa bersedia untuk pilihan raya, itu bukan isu. Seperti yang saya katakan, GPS akan kekal kuat jika kita bersatu,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak pada Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas isu pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang disifatkan penting khususnya kepada masyarakat akar umbi.

Katanya, walaupun perkara tersebut dilihat kecil oleh sesetengah pihak, ia sebenarnya memberi kesan besar kepada kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan.

“KMKK ini penting, mungkin bagi kita perkara kecil tetapi bagi rakyat di peringkat akar umbi ia perkara besar kerana mereka merasakan suara mereka tidak didengar,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa proses pelantikan perlu melalui perbincangan jawatankuasa serta menghormati keputusan majoriti, tanpa dipengaruhi kepentingan pihak tertentu.

“Selepas mesyuarat, minoriti perlu ikut keputusan majoriti. Tidak boleh minoriti mengatasi majoriti,” katanya.

Mengulas lanjut, Tiong berkata isu tersebut bukan berlaku di kawasannya tetapi dalam kawasan PDP, sambil mengakui terdapat pihak tertentu yang cuba mengganggu proses sedia ada.

“Saya pun tidak pasti siapa yang kacau, mungkin ada ‘hantu’ yang mengganggu,” katanya berseloroh.

Terdahulu, beliau turut menegaskan bahawa jawatan KMKK bukan milik mana-mana parti politik dan pelantikannya perlu dilaksanakan secara adil, telus serta mengikut prosedur yang ditetapkan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Golongan belia anggap politik kotor, perlu kembalikan keyakinan – Abdullah Saidol
Next: Sarawak di landasan tepat sebagai peneraju masa depan – TPM Fadillah  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.