Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri termasuk Sarawak
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 13 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta 10 negeri hingga 7.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah melibatkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Cuaca sama dijangka melanda Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Kuala Lumpur.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin), Melaka (Jasin) serta Johor.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Kapit (Song).

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: “Biarlah rakyat menilai kepimpinan, bukan saya menilai diri sendiri” – Abang Johari
Next: Golongan belia anggap politik kotor, perlu kembalikan keyakinan – Abdullah Saidol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.